148) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk belia luar bandar khususnya belia DUN Jeram dalam sektor peluang pekerjaan di bawah Kerajaan Negeri?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan dan elaun untuk PeBT yang dilantik di setiap kawasan dalam Negeri Selangor?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan kontraktor di kalangan belia?
148) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai tahun 2017.
-
Nyatakan anggaran pendapatan KHSB pada tahun 2018.
148) PENINGKATAN STATUS PBT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?
148) SASARAN DIVIDEN ANAK SYARIKAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Butirkan jumlah dividen yang diberi oleh semua anak syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014, 2015 dan 2016?
-
Apakah sasaran dividen yang diarahkan kepada setiap anak syarikat untuk tahun 2017?
148) BAS PERCUMA SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk mengenakan charge minima RM1 kepada penumpang bukan warganegara Malaysia? Jika tidak, apa rancangan Kerajaan?
-
Bilakah bas percuma akan di rasai oleh penduduk di DUN Batu Tiga?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perlaksanaan ini tertangguh hampir 4 bulan dari jangkaan awalnya?
148) PEMBINAAN KAWASAN PERUMAHAN ELIT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada kajian terhadap kesan pembinaan taman-taman besar bertaraf elit kepada kampung-kampung tradisional? Jika ada, apakah hasil penemuannya
-
Apakah ada usaha-usaha Kerajaan bagi menaikkan kampung-kampung tradisional supaya kawasan begini dapat dijadikan kawasan tumpuan pelancong dan juga dapat meningkatkan taraf ekonomi warga kampung seperti adanya kompleks kraftangan dari hasil-hasil orang kampung?
148) LORI SAMPAH KDEB, MBSA, MBPJ MELALUI JALAN-JALAN KAMPONG DI JALAN ISKANDAR, JALAN KEMPAS KAMPUNG BUKIT KAPAR. BILANGAN LORI YANG BANYAK SERTA MEMBERHENTIKAN DAN MELETAKKAN DI TEPI JALAN BERDEKATAN SIMPANG MENAMBAH RISIKO KESELAMATAN, MEROSAKKAN BAHU JALAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah tiada disyaratkan laluan lori sampah tidak melalui kawasan penduduk kampong untuk ke pusat pelupusan di Jeram?
-
Bagaimanakah polisi mesra rakyat dan penguatkuasaan dapat diutamakan untuk memberikan kesejahteraan rakyat?
-
Apakah halangan bagi menghadkan laluan dan tempoh masa laluan lori ini?
148) PERMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah bajet dibawah stanco Permoden Pertanian untuk 2015 dan 2016?
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan dan berapakah yang telah dibelanjakan?
148) ELAUN-ELAUN YAB MENTERI BESAR (MB)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis-jenis elaun yang diterima selaras dengan jawatan MB?
-
Berapakah jumlah elaun yang diterima dari anak syarikat negeri oleh YAB MB sejak menjawat jawatan tersebut?
-
Berapakah jumlah elaun keseluruhan yang diterima oleh YAB MB sejak menjawat jawatan tersebut?
148) PEMBINAAN HOSPITAL KAPAR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Bilakah Hospital Kapar akan dibina?
-
Apakah masalah dan kekangan yang dihadapi?