148) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan rundingan bersama Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) dan perincian pelan tindakan untuk mengurangkan gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang kian meruncing sejak kebelakangan ini
148) PEMBINAAN MASJID DI BANDAR MAHKOTA CHERAS DAN SUNGAI LONG, KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina masjid bagi kegunaan penduduk setempat di kawasan Bandar Mahkota Cheras dan Sungai Long memandangkan tiada Masjid dibina di dua kawasan tersebut?
148) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk belia luar bandar khususnya belia DUN Jeram dalam sektor peluang pekerjaan di bawah Kerajaan Negeri?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan dan elaun untuk PeBT yang dilantik di setiap kawasan dalam Negeri Selangor?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan kontraktor di kalangan belia?
148) LARANGAN BUKAN ISLAM BERCERAMAH DI MASJID DAN SURAU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas masjid dan surau yang membenarkan orang bukan islam berceramah?
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri agar perkara ini tidak berulang lagi?
148) PENJAJA TANPA LESEN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Memandangkan pandemik COVID-19 menjejaskan pendapatan ramai orang, sebahagian penduduk telah menjadi penjaja tanpa lesen dan situasi menjadi tidak terkawal. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
148) PENINGKATAN STATUS PBT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?
148) SASARAN DIVIDEN ANAK SYARIKAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Butirkan jumlah dividen yang diberi oleh semua anak syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014, 2015 dan 2016?
-
Apakah sasaran dividen yang diarahkan kepada setiap anak syarikat untuk tahun 2017?
148) PERUNTUKAN LIMAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan Negeri Selangor bagi LIMAS dari tahun 2009 hingga 2024.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberi peruntukan sehingga sepuluh juta seperti apa yang telah disenaraikan dalam manifesto semasa pilihanraya negeri 2023?
148) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai tahun 2017.
-
Nyatakan anggaran pendapatan KHSB pada tahun 2018.
148) DRT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur yang telah diambil oleh MBI untuk memastikan pelaksanaan inisiatif DRT dijalankan mengikut tatakelola korporat yang telah ditetapkan?
-
Adakah pertimbangan juga akan diberi kepada inisiatif yang lain seperti konsep sewa basikal dan e-Scooter seperti yang telah dilaksanakan di London, Taipei dan ibu kota Kuala Lumpur?