16) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua nama Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor yang terkini
-
Sila kemukakan senarai nama dan tarikh sebenar Ahli Dewan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam kesemua GLC dan Anak Syarikat Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah kriteria yang diguna pakai apabila membuat sesuatu pelantikan
16) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Peruntukan untuk tambatan banjir di Kampung Jaya Setia dan di Kampung Rantau Panjang telah pun dilulus. Bilakah projek tambatan banjir tersebut akan dilaksanakan?
16) PROGRAM SELANGOR BRAIN BANK
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah kewangan bagi program Selangor Brain Bank setakat ini?
16) ISU KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan rancangan penyelesaian isu kesesakan persimpangan Kawasan Sekolah Seri Garing, SJK(T) Rawang, SK Rawang, SK Sinaran Budi.
-
Nyatakan rancangan penyelesaian isu kesesakan di persimpangan kawasan Taman Tun Teja.
16) PEMBANGUNAN INDUSTRI AGRO-TOURISM, PERTANIAN DAN PENTERNAKAN DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan industri agro-tourism ini secara besar-besaran?
-
Jika ya, sila nyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Selangor.
16) PAJAKAN TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria dan syarat supaya seseorang dapat menikmati pemilikan tanah secara tetap / selamanya ataupun secara pajakan?
-
Adakah faktor-faktor sejarah dan perlembagaan diambil kira apabila keputusan untuk mempertimbangkan hak-hak individu pemilik?
16) PROJEK PENYUSUNAN SEMULA KAMPUNG BARU
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah polisi yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri dalam kelulusan projek pembangunan semula kampung baru?
16) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Kelulusan bantuan sihat Selangor mengambil tempoh masa yang lama sehingga 3 ke 4 bulan. keperluan kepada pemohon amatlah diperlukan segera
-
Apakah langkah yang di ambil oleh pihak kerajaan untuk mempercepatkan proses kelulusan tersebut?
16) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk mempercepatkan pembangunan rumah mampu milik bagi golongan B40 dan M40?
-
Bagaimana kerajaan negeri menangani projek perumahan terbengkalai di Selangor?
16) TENAGA KERJA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah cara Kerajaan Negeri bagi menyelesai isu kekurangan tenaga kerja di pelbagai industri?
-
Adakah sikap terlalu memilih kerja menjadi masalah kekurangan tenaga kerja?
-
Bagaimana Kerajaan membantu bagi transformasi industri SME untuk mengguna teknologi bagi menggurangkan kebergantungan tenaga kerja kurang mahir?