148) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah matlamat pelaksanaan tabung ini?
-
Bagaimanakah mekanisme pemberiannya agar dapat dinikmati oleh semua wanita yang layak?
148) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DALAM PARLIMEN TANJONG KARANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan rumah ibadat bukan Islam yang tidak berdaftar di dalam Parlimen Tanjong Karang.
-
Nyatakan apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu rumah ibadat bukan Islam yang tidak berdaftar khususnya di dalam Parlimen Tanjong Karang?
148) TEMPLER DOLOMITE
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Kemajuan jalan keluar masuk di Templer Dolomite?
148) PENYELENGGARAAN TASIK CEMPAKA BANDAR BARU BANGI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Tasik Cempaka adalah pusat kegiatan riadah di tengah-tengah Bandar Baru Bangi. Keadaan tasik ini airnya kotor, penuh tumbuhan liar, sampah sarap dan berbau busuk, mencacatkan pemandangan Bandar Baru Bangi. Mengapakah keadaan ini dibiarkan berterusan?
148) KAWASAN HIJAU (GREEN AREA)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan hijau oleh Kerajaan Negeri.
-
Nyatakan keluasan kawasan hijau yang terdapat di Selangor
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kawasan hijau terjaga?
148) ISU KEBOCORAN DI MERATA RATA DALAM MASJID SULTAN ALAUDDIN KAMPUNG BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkaitan masjid ini yang telah diwartakan sebagai warisan menelan belanja 13 juta tapi masih belum boleh digunakan?
-
Apakah tindakan mengenai projek maahad tahfiz sains intergrasi kampung bandar yang telah terhenti dimana sepatutnya siap pada pertengahan 2019?
148) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan rundingan bersama Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) dan perincian pelan tindakan untuk mengurangkan gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang kian meruncing sejak kebelakangan ini
148) PROJEK TUNNEL CITY
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan yang akan di lakukan terhadap kolam takungan (bersebelahan kampung Jaya Sepakat) yang telah dilaksanakan walaupun projek ini sudah pun dibatalkan
-
Adakah kerajaan bersedia untuk memberikan semula kawasan rayau kepada orang asal yang terlibat.
-
Apakah perancangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir di lembah Kelang
148) BATU CAVES SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Sambutan Hari Thaipusam pada tahun ini menyaksikan kemerosotan kedatangan pengunjung ke Kuil Batu Caves dan telah menjejaskan pendapatan peniaga di kawasan sekitar. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan keadaan ini tidak berulang pada tahun hadapan?
148) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk belia luar bandar khususnya belia DUN Jeram dalam sektor peluang pekerjaan di bawah Kerajaan Negeri?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan dan elaun untuk PeBT yang dilantik di setiap kawasan dalam Negeri Selangor?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan kontraktor di kalangan belia?