147) MASALAH SOSIAL RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Keruntuhan akhlak, bersekedudukan dan pembuangan bayi semakin berleluasa di negeri Selangor bukan saja kepada rakyat Malaysia warga pendatang yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh Jabatan Agama Islam dan juga peranan agama lain bagi membendung gejala ini
147) PERUNTUKKAN MARRIS JALAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukkan MARRIS daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada tahun 2008 dan 2009?
-
Berapakah peruntukkan tersebut diagihkan kepada setiap PBT pada tahun 2008 dan 2009?
-
Apakah kriteria yang diguna pakai untuk pengagihan peruntukkan tersebut kepada PBT?
147) PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA SISWAZAH SSELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah siswazah yang telah mendapat pekerjaan melalui Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor?
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menambahbaikkan dan meneruskan program ini?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan rancangan ini?
147) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini sektor pelancongan Negeri selepas tragedi kehilangan MH370 ?
-
Sila nyatakan apakah langkah dan promosi yang diambil bagi menangani kekurangan pelancong sejak mutakhir ini ?
-
Sila nyatakan bilakah Kerajaan Negeri akan mendirikan satu Pusat Informasi Pelancong di DUN Sekinchan ?
147) PERKHIDMATAN PEMBUANGAN SAMPAH DI KAMPUNG MELAYU TRADISIONAL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Kita sering melihat penduduk kampung berdepan dengan masalah pembuangan sampah di kawasan mereka yang tidak menerima sebarang perkhidmatan pelupusan sampah daripada pihak PBT. Adakah kerajaan negeri ataupun PBT mempunyai cadangan untuk memberi perkhidmatan mengangkat sampah secara percuma kepada penduduk kampung ?
-
Apakah kerajaan negeri atau PBT mempunyai rancangan jangka panjang ataupun mekanisme untuk menangani masalah pembuangan sampah di kawasan kampung ?
147) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah masalah utama yang dihadapi oleh jabatan ini?
-
Adakah setiap daerah di Negeri Selangor mempunyai mahkamah khusus ini?
-
Nyatakan kes-kes tertunggak di JAKESS bagi tahun 2016 dan 2017
147) PELANCONGAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelancong datang ke Selangor sempena Tahun Melawat Selangor tahun 2021 tahun hadapan.
-
Nyatakan kos operasi untuk tujuan promosi pelancongan di Selangor bagi tahun 2019 dan 2020.
147) KEJADIAN BANJIR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Akhir tahun lalu(2008), banyak kawasan di Selangor dilanda banjir mengakibatkan kehilangan/kerosakan harta. Ekorannya beberapa langkah diambil, termasuk 'cuci-gali', mendalamkan sungai, dan menubuhkan suatu jentera khas (Semesta) untuk menyelaraskan kegiatan menangani masalah banjir. Bagaimana semua kegiatan tersebut? Apakah laporan kemajuan di kawasan pinggiran Sg Kayu Ara di Kg cempaka, Petaling Jaya?
147) PENYAKIT TANAMAN PISANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan bantuan kepada penanam -penanam pisang di Negeri Selangor yang telah mengalami kerugian akibat tanaman pisang mereka telah musnah diserang penyakit?
-
Berapakah keluasan tanaman pisang yang telah musnah akibat serangan penyakit tersebut dan jumlah pengusaha tanaman pisang tersebut?
147) PENYELENGGARAAN CERUN DI DUN TERATAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan dana tambahan bagi menyelenggara cerun-cerun di kawasan Teratai memandangkan tugas ini melibatkan kos yang tinggi?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada terjadi lagi di kawasan Teratai?