146) SMART SELANGOR CCTV
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini terhadap pemasangan 5000 CCTV yang telah umum pada Bajet Negeri Selangor Tahun 2020?
-
Nyatakan lokasi CCTV yang telah dipasang dan akan dipasang.
-
Bagaimana CCTV ini telah membantu untuk menjamin keselamatan penduduk?
146) TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian perbelanjaan dana Kerajaan Negeri yang diperuntukkan kepada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor serta senarai lengkap pelajar yang telah dan/atau sedang menerima bantuan program tersebut.
146) PUSAT TUISYEN RAKYAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM 3.45 juta untuk mengadakan pusat-pusat tuisyen rakyat bagi tahun 2011 untuk golongan berpendapatan kurang RM 1,500. Nyatakan bilangan, tempat dan jumlah pelajar yang telah menyertainya?
-
Setakat ini bagaimanakah keberkesanan hasil program tersebut?
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk memilih pelajar yang layak menyertainya?
146) PENYELARASAN DATA KEBAJIKAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan berhasrat menyelaraskan data Lembaga Zakat Selangor dengan pangkalan data SSIPR bagi memperkukuh program kebajikan Negeri Selangor?
146) JELAJAH USAHAWAN SELANGOR ATAU MEXUS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membantu para usahawan kecil ini mendapatkan tapak niaga di lokasi yang sesuai supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan yang stabil setiap bulan?
146) PENCAPAIAN PERTANIAN DI PINGGIRAN BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah kampung yang telah terlibat dalam pertanian berkelompok untuk menghasilkan satu produk yang berskala sederhana besar?
-
Berapakah individu yang terlibat dalam usaha ini?
147) BANGUNAN BARU MDKL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan bangunan baru MDKL memandangkan kerajaan memberi pinjaman kepada MDKL untuk membiayai sebahagian daripada kos projek ini?
-
Berapakah telah dibayar kepada kontraktor?
147) PROJEK TAMAN SG YU INDAH, KAMPUNG SUNGAI YU
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini projek berkenaan
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pembeli yang terlibat dengan projek ini.
-
Bilakah projek ini dijangka siap dan penyerahan kunci dapat dibuat kepada pembeli?
147) APAKAH STATUS PENJUALAN TANAH PADANG GOLF MILIK PKNS DI TANJUNG HARAPAN?
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Mendapat maklum tempat tersebut menjadi satu kawasan yang terbiar dan tidak terurus.
147) SEWAAN UNIT KEDAI DAN PENJAJA DIBAWAH KELOLAAN MAJLIS
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi menghadkan tempoh sewaan unit-unit sewaan kepada maksima 10 tahun terpakai untuk semua PBT?
-
Bagi unit kedai, apakah ada proses rayuan kepada peniaga yang terpaksa keluar sedangkan mereka telah mengeluarkan modal besar bagi memasang pendingin hawa dan sebagainya?