146) RUMAH MAMPU MILIK DI DUN BUKIT MELAWATI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah dan lokasi rumah mampu milik di DUN Bukit Melawati?
-
Senaraikan secara terperinci jumlah dan lokasi rumah mampu milik yang sedang dan bakal dibina di Dun Bukit Melawati.
146) PENDAPATAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik pengeluaran hasil pasir negeri bermula tahun 2008 hingga kini?
-
Berapakah pendapatan hasil pasir bermula tahun 2008 hingga kini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang menubuhkan tabung khas khusus untuk dana hasil pasir negeri?
146) BONUS AIDILFITRI 2020 PENJAWAT AWAM SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan keseluruhan, nilai pemberian mengikut gred dan jumlah penerima bonus tersebut.
-
Apakah mekanisma Kerajaan Negeri menentukan jumlah pemberian tersebut?
146) TANAH PERKUBURAN BERSEPADU DI SABAK BERNAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Bilakah akan dimulakan pelancarannya?
-
Berapakah keluasan tanah yang terlibat dan berapa keluasan mengikut pembahagian agama?
146) STATUS PEMBANGUNAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA (RRIM)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Ladang Lembaga Getah Malaysia ( RRIM ) dan Pusat Penyelidikan terletak di U4 Shah Alam sepanjang jalan Subang ke Sg.Buloh. Pusat Penyelidikan Getah ini adalah kepunyaan Kerajaan Persekutuan dan tanah adalah kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor. Apakah perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atas penggunaan tanah tersebut oleh Lembaga Getah Malaysia, Sg.Buloh?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menuntut balik tanah tersebut daripada Lembaga Getah Malaysia dan apakah perancangan pembangunan di kawasan ini?
146) KEMUDAHAN BAS SEKOLAH PERCUMA DI SETIAP DUN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan bas sekolah secara percuma?
-
Adakah penerima IPR berpeluang untuk mendapatkan bas percuma untuk anak mereka ke sekolah?
146) KADAR PENGANGGURAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar pengangguran yang terkini dalam Negeri Selangor dan pecahannya mengikut lapisan umur, kaum dan jantina?
-
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam i) Memberi latihan atau kursus untuk melengkapi mereka dalam peluang pekerjaan yang timbul; ii) Mewujudkan peluang pekerjaan.
146) APAKAH STATUS PEMBINAAN MUZIUM SETEM, MUZIUM TEKSTIL DAN MUZIUM SUKAN YANG TELAH DICADANGKAN PADA TAHUN 2018?
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Adakah ianya di dalam progres dan berapa peratus setakat ini?
-
Seandainya ia di tangguhkan apakah sebabnya?
146) KEMPEN TIDAK MENGGUNAKAN PLASTIK BEG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kempen tidak menggunakan plastik beg di setiap pasaraya yang dijalankan oleh kerajaan berjaya, sedangkan ada pasaraya mengaut keuntungan dari menjual beg plastik kepada pelanggan?
-
Mengapakah kerajaan tidak menyarankan kepada peniaga supaya menggunakan beg kertas seperti di luar negara?
146) PENAMBAHAN PERUNTUKAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA LUAR BANDAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Dari pemerhatian dan aduan, kami dapati banyak Sekolah Rendah Agama dikawasan saya berada dalam keadaan uzur, adakah kerajaan bercadang menambah peruntukan tahunan untuk sekolah rendah agama di kawasan luar bandar terutamanya bagi penyelenggaraan?