146) BAIK PULIH BANGUNAN KERAJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan yang disediakan bagi membaik pulih dan menaiktaraf bangunan-bangunan kerajaan, kompleks penghulu dan sekolah-sekolah yang diperuntukkan di Selangor khasnya di Semenyih?
-
Berapakah kos-kos penyelenggaraan bangunan-bangunan kerajaan di setiap daerah di Selangor bagi tahun 2016-2017?
146) ISU PERUMAHAN TAMAN PERMATA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula kawasan ini setelah penduduk berpindah?
-
Bagaimanakah permasalah penduduk yang tidak mahu berpindah akan diselesaikan oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangankan PPR setelah penduduk berpindah nanti?
146) HAK MILIK STRATA BAGI PEMILIK RUMAH PANGSA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik strata khususnya bagi pemilik - pemilik rumah pangsa di Negeri Selangor yang rata - rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah ?
146) PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pusat penjagaan anak-anak di Selangor mengikut PBT.
-
Apakah prosedur yang harus dipatuhi untuk menubuhkan pusat tersebut?
146) PERUNTUKAN AHLI DEWAN BN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah peruntukan tahunan Dun yang diberikan kepada Ahli Dewan Negeri BN di gunakan untuk manfaat rakyat?
-
Boleh berikan prestasi penggunaan bajet tersebut
146) PEMBIAYAAN SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini SKIMSEL?
-
Nyatakan jumlah penerima SKIMSEL yang telah membayar semula pinjaman sehingga selesai?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik dalam SKIMSEL?
146) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan bercadang mendirikan lebih banyak Rumah Mampu Milik dan apakah terdapat teknologi yang boleh mengurangkan lagi kos pembinaan supaya dapat dijual dengan harga yang lebih murah ?
146) PEMBINAAN SURAU BARU DI TAMAN AMAN SAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah pihak JAIS akan membina sebuah Surau yang sempurna untuk kegunaan Penduduk-penduduk di kawasan tersebut yang majoritinya beragama Islam?
146) PROJEK-PROJEK KECIL
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mengapakah tidak ada pemantauan terhadap kerja-kerja tersebut supaya kontraktor mengikut spesifikasi yang ditetapkan?
-
Siapakah yang perlu bertanggungjawab sekiranya kerja-kerja yang dilakukan rosak dalam tempoh yang singkat setelah disiapkan?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap kontraktor terbabit.
146) BANTUAN KEPADA SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan yang akan diambil terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan pembangunan infrastruktur yang tergantung disebabkan proses pilihanraya.
-
Nyatakan jumlah bantuan dan jenis bantuan yang dirancang untuk disalurkan.