146) APLIKASI SELANGKAH
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan pengguna Selangkah sejak penghentian fungsi pengesanan kontak dan kadar penggunaan.
-
Nyatakan status Selangkah Wallet, bilangan pengguna dan rancangan Selangkah Wallet dalam usaha digitalisasi Kerajaan Negeri.
146) GERAN TANAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berikan butiran penduduk mengikut Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun tetapi masih memiliki lesen TOL sahaja ?
-
Apakah polisi pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan geran tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun ?
-
Apakah langkah -Iangkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penyalahgunaan kuasa dan pemberian geran tanah kepada pihak yang tidak layak di Kampung Baru ?
146) JELAJAH USAHAWAN SELANGOR ATAU MEXUS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membantu para usahawan kecil ini mendapatkan tapak niaga di lokasi yang sesuai supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan yang stabil setiap bulan?
146) PUSAT LATIHAN AWAM SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pengurusan, pengarah dan lokasi pusat latihan ini?
-
Apakah fungsi pusat-pusat latihan?
-
Sejauh manakah sumbangan pusat latihan tersebut terhadap tahap perkhidmatan awam Selangor?
146) STATUS BAJET SELANGOR 2017
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci peratusan perlaksanaan Bajet Selangor 2017 mengikut portfolio.
-
Apakah terdapat kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan sepenuhnya Bajet 2017 yang disebabkan faktor-faktor tertentu?
146) HUTAN SIMPAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor serius dalam memelihara hutan simpan?
-
Setakat hari ini, berapa ekar hutan simpan yang telah dibangunkan untuk pembangunan?
146) RANCANGAN PERTANIAN HULU LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk membangunkan pertanian di Daerah Hulu Langat?
146) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Keupayaan memastikan Perjanjian Induk disempurnakan dan kesungguhan menguatkuasakan WSIA 2006 memandangkan ketamakan atau kedegilan sesetengah pemegang konsesi air seperti permintaan mendadak menukar pendekatan "sale of equity" kepada "sale of business" malah keengganan menandatangani sebarang perjanjian sama sekali.
146) SARA HIDUP WARGA EMAS
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah warga emas di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah warga emas yang mendiami pusat-pusat jagaan orang tua?
-
Adakah kerajaan bercadang memberi bantuan sara hidup untuk warga emas?
146) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan prestasi terkini Program Dana Bantuan Guaman Selangor.