145) ANGGOTA PENGUATKUASA MPK YANG TIDAK MENCUKUPI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
MPK adalah di antara PBT yang mempunyai keluasan yang besar wilayah pentadbirannya. Sesungguhnya Jabatan penguatkuasa mempunyai tugasan yang amat berat dari segi penguatkuasaan undang-undangnya. Apakah peranan pihak kerajaan untuk menangani kekurangan pegawai penguatkuasa MPK?
-
Apakah langkah penambahbaikan yang dijalankan untuk memantapkan pengurusan jabatan ini?
145) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi kewangan KSSB sehingga kini?
-
Berapakah jumlah kelulusan permit pasir yang diberikan kepada KSSB di Daerah Kuala Selangor dari tahun 2008 hingga kini?
-
Senaraikan kawasan perlombongan pasir KSSB di daerah Kuala Selangor bagi tahun 2017.
145) KEMUDAHAN ASAS UNTUK GOLONGAN OKU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mewajibkan pihak kemudahan awam seperti bank, klinik, pasar pagi yang beroperasi lebih 3 tahun untuk menyediakan laluan khas dan petak parkir kepada warga OKU untuk memudahkan mereka menjalankan urusan, pembelian di dalam premis berkenaan?
-
Apakah penyediaan kemudahan golongan OKU diwajibkan di dalam syarat pembinaan premis perniagaan/perkhidmatan di dalam Negeri Selangor?
145) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan sepertimana yang dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2013?
145) Zon Perlindungan Sungai
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah baki panjang sungai di mana 50m ke kiri dan kanannya belum digazet sebagai zon perlindungan?
-
Apakah KPI dalaman pihak LUAS dari segi masa untuk mengazet baki tersebut?
145) MERANCAKKAN EKONOMI
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri melalui PBT dalam usaha merancakkan ekonomi di kawasan DUN Hulu Bernam terutamanya dalam industri pelancongan?
145) PENJUALAN TANAH PKNS DI SETAPAK
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Tanah seluas 93 ekar milik asal PKNS di Setapak telah dijual sepenuhnya: Kepada siapa atau pihak manakah PKNS menjual tanah tersebut?
-
Berapakah nilai jualan dan berapakah keuntungan yang diperoleh oleh PKNS daripada penjualan tersebut?
-
Apakah garis panduan yang diberikan oleh kerajaan bagi penjualan tanah milik PKNS di luar Negeri Selangor?
145) ISU INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kronologi tarikh dan peristiwa; mesyuarat, perbincangan dan tindakan oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak operator air bagi menyelesai masalah tersebut?
-
Apakah langkah proaktif dan munasabah yang telah diambil kerajaan negeri untuk memastikan kemelut ini berakhir?
145) KLUSTERISASI GUGUSAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini program klusterisasi selain daripada klusterisasi atau Gugusan Aero Angkasa di Subang?
-
Nyatakan prestasi Gugusan Pelancongan Eko di kawasan Hulu Selangor bagi tahun 2019-2020.
145) LEBUHRAYA SUKE DAN PEMASANGAN PENCAWANG ELEKTRIK DI DUN TERATAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah meluluskan laluan lebuh raya SUKE?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengkaji dengan teliti cadangan dan bantahan penduduk atas pemasangan pencawang elektrik TNB di DUN Teratai?
-
Adakah Kerajaan membenarkan pemasangan tol lebuh raya di Selangor? di mana?