145) PROGRAM SUBSIDI BAS SEKOLAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperluaskan bantuan subsidi bas sekolah untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?
145) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup untuk tahun 2022?
145) KERJA-KERJA BAIK PULIH SISTEM SALIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kerja-kerja baik pulih saliran yang sudah siap dan sedang berjalan di bawah kawal selia Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
-
Berapakah kos yang diguna pakai untuk menjalankan kerja-kerja tersebut?
-
Apakah kerajaan negeri mempunyai pelan untuk penstrukturan semula saliran-saliran usang dan lama di dalam kawasan MPAJ?
145) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan perkampungan asli yang ada di Selangor mengikut daerah
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan perkampungan orang asli memperoleh kemudahan yang mencukupi?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi menyedia kemudahan untuk perkampungan orang asli?
145) PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN IKS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan membantu usahawan pasca COVID?
-
Adakah Kerajaan Selangor bercadang memasukkan barangan IKS di dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER)?
-
Berapa banyak premis perniagaan yang dibina oleh kerajaan antara 2020-2023 dan berapa jumlah keseluruhan dari 2008?
145) MAMOGRAM SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah program ini masih diteruskan dan jika ya, siapakah badan pelaksana kepada program ini?
-
Sila nyatakan berapa ramaikah wanita yang telah menyertai program ini dari Sept 2014 - Mac 2015?
-
Berapakah jumlah wanita yang disasarkan untuk menyertai program ini secara tahunan?
145) KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL KERAJAAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Secara puratanya, apakah peratusan pekerja tempatan dan pekerja asing yang kini bekerja dengan syarikat kontraktor dan pembekal rasmi Kerajaan Negeri Selangor
145) PEMULIHARAAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan hutan simpan di dalam Negeri Selangor terus dikekalkan?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan penyahwartaan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara?
145) BANTUAN UNTUK PETANI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu petani-petani yang terjejas akibat PKP?
145) STATUS PEMILIKAN TANAH DI SUNGAI GABAI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Penduduk telah mengusahakan dan mendiami tanah di kawasan Sungai Gabai sejak sekian lama. Bagaimanakah mereka dapat memohon pemilikan tanah di kawasan tersebut?
-
Adakah terdapat sebarang rancangan pembangunan di kawasan tersebut?
-
Jika ada, sila senaraikan.