145) SEKURITI MAKANAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani sekuriti makanan yang sedang terancam?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam penggunaan tanah-tanah terbiar secara optimum untuk mengatasi masalah ini?
145) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA ( SRA ) SUBANG BISTARI SEKSYEN U5 SHAH ALAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah status tapak SRA tersebut seperti yang di janjikan oleh kerajaan?
145) ARENA SUKAN RAKAN MUDA DI JALAN SELANGOR, PETALING JAYA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pemilik atau pengawal tanah bagi keseluruhan kompleks Arena Sukan Rakan Muda di Jalan Selangor, Petaling Jaya
-
Adakah status permohonan untuk pembinaan satu bumbung kekal di atas gelanggang serba guna di kompleks ini?
145) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri terkesan dengan kemerosotan ekonomi negara semasa ?
-
Berapa banyak jumlah bayaran GST yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja kontrak yang ditawarkan ?
145) PERBELANJAAN MEMBANTERAS DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membanteras wabak denggi di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut PBT.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan setiap perbelanjaan yang disalurkan menepati kehendak yang ditetapkan?
145) KAWAL SELIA PENGGUNAAN TANAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan kaedah baru Ôpre-emptiveÕ yang lebih berkesan yang dapat mengekang dari awal penggunaan tanah secara tidak bertanggungjawab oleh pemilik?
145) PELAKSANAAN PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat sebarang masalah di dalam pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan apakah langkah kerajaan untuk mengatasinya?
145) TEBING SUNGAI KAYU ARA TERHAKIS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan JPS Selangor untuk memperkukuhkan tebing Sungai Kayu Ara yang terhakis dan mengancam keselamatan pendudukdikawasanSS21/42A?
-
Bilakah projek ini akan dilaksanakan?
145) PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG TELUS
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Sedia maklum di Negeri Selangor kini telah banyak isu-isu sensasi yang berkaitan telah wujud dan berbangkit. Bagaimanakah cara serta tindakan yang akan diambil atau dijalankan Kerajaan Negeri dalam menangani isu-isu sensasi tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil dari Kerajaan Negeri dalam membendung perkara sebegini dari terus berleluasa?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan menyampai serta menyalurkan maklumat secara telus dan terbuka kepada rakyat di Negeri Selangor?
145) LAPORAN PEMANTAUAN JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Huraikan hasil pemantauan terhadap kilang-kilang di kawasan pinggiran Sungai Semenyih dan Sungai Selangor yang melepaskan air kotor sejak 2013
-
Berapakah kilang yang telah disabit kesalahan?
-
Apakah cara pemantauan bagi memastikan tiada pelepasan air kotor yang melanggari garis panduan?