144) INSFRASTRUKTUR AWAM TIDAK DISELENGGARAKAN DENGAN BAIK DAN BERJADUAL. Ð SAMPAH, JALAN BERLUBANG, RUMPUT PANJANG DAN PARIT TERSUMBAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Masalah sampah tidak dikutip, jalan berlubang, rumput panjang dan parit tersumbat masih lagi merupakan masalah utama yang belum diselesaikan dengan baik dan berkesan. Apakah langkah berkesan yang diambil oleh MPK untuk mengatasi hal ini dan bilakah kontraktor baru dilantik menggantikan kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab ini?
144) PEMBINAAN DAN BAIK PULIH JALAN-JALAN SEKITAR KAWASAN TERATAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Berapakah belanjawan yang diperuntukkan untuk membaikpulih dan menyelenggara jalan-jalan besar di dalam kawasan Teratai?
-
Apakah cara yang diambil oleh pihak berkuasa untuk untuk menurap jalan-jalan di sekitar Teratai supaya jalan yang diselenggara tidak mudah rosak?
144) JUMLAH KUIL HINDU DAN BUDDHA YANG DIDAFTARKAN DI SELANGOR DAN DUN MERU
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kuil Hindu dan Buddha yang berdaftar di Selangor dan DUN Meru?
-
Apakah tindakan yang dilakukan kepada kuil yang belum didaftarkan?
-
Berapakah peruntukan dan bantuan yang dikeluarkan untuk kuil ini sepanjang tahun 2009?
144) AHLI MAJLIS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri melantik dari kalangan kuota parti dan NGO untuk menjadi Ahli Majlis di PBT. Bagaimana kaedah untuk memastikan tiada salah laku kuasa di kalangan Ahli- Ahli Majlis tersebut.
-
Bagaimana prestasi Ahli-Ahli Majlis dinilai diukur dan diiktiraf.
144) WIFI PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana perkembangan perkhidmatan WIFI percuma di Selangor?
-
Berapakah jumlah pengguna yang berjaya akses menggunakan perkhidmatan ini?
-
Nyatakan syarikat yang menguruskan WIFI percuma di Selangor?
144) PENYELENGARAAN PERUMAHAN PPR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Perumahan PPR kerap menghadapi masalah kerosakan dan penyelenggaraan .Pihak syarikat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan juga gagal memastikan segala kemudahan terurus dengan alasan tiada bajet dari PBT . Pihak Kerajaan Negeri juga pernah menyebut tentang kemungkinan pihak PKNS mengambil alih penyelenggaraan rumah PPR . Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan segala kemudahan lif, pembersihan, tangga, surau dan lain-lain terurus dengan keadaan yang baik ?
144) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah fokus utama dan halatuju PNSB?
-
Apakah PNSB terlibat dengan sebaran usahasama dengan swasta?
-
Berapakah jumlah keuntungan dari usahasama tersebut?
144) JAJARAN REL KITA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status perancangan Jajaran Rel Kita Selangor yang diperuntukkan RM3 juta bagi melaksanakan kajian kebolehlaksanaan?
144) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Geran Selangorku ini diagihkan kerana terdapat permohonan bertindih antara Pejabat Daerah, PBT dan juga DUN?
-
Kenapa lambat dilaksanakan?
144) PENCAPAIAN PELAJAR TAHFIZ YANG TERUS MENDUDUKI TINGKATAN 4, PROGRAM BERSAMA UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan pelajar bagi setiap tahun pengambilan?
-
Ringkaskan gred ( A, B , C , D ) pencapaian dalam peperiksaan S.P.M. mengikut mata pelajaran?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk menambah baik program ini?