144) WORLDWIDE
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah infra awam yang masih belum diserahkan kepada MDKS/MPKS di kawasan Bandar Puncak Alam?
-
Bilakah infra awam yang disediakan hendak diserahkan kepada MDKS/MPKS di kawasan Bandar Puncak Alam?
144) HUTAN BAKAU KAMPUNG SUNGAI SERDANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Kematian pokok Bakau di persisir pantai semakin merebak dan memusnahkan ekosistem, adakah sebarang kajian dilakukan terhadap isu ini?
-
Adakah ia berpunca daripada pelepasan bahan-bahan cemar daripada Stesen Janakuasa KEV? Apakah tindakan kerajaan negeri?
144) ISU PENGAMBILAN TANAH SIMPANAN HUTAN MELIBATKAN PROJEK LEBUHRAYA SUNGAI BESI ULU KELANG (SUKE)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah pembinaan Lebuhraya SUKE akan menggunakan sebahagian tanah Hutan Simpan Sungai Puteh Utara dan Selatan, Cheras, Selangor?
-
Apakah kesan negatif yang bakal terjadi kepada alam sekitar kerana melibatkan penebangan pokok-pokok hutan?
-
Sila membekalkan peta susunatur pembinaan laluan SUKE, maklumat kos pembinaan, tarikh mula dan siap kerja pembinaan, maklumat pembinaan interchange dan lokasi pembinaan tol.
144) RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan yang boleh dipohon bagi keluarga yang tidak mampu menjelaskan sewa rumah?
-
Apakah tindakan terhadap penyewa yang gagal menjelaskan tunggakan sewa dan yang menyewakan unit kepada orang lain?
144) PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ANTARA LEBUHRAYA ELITE & SKVE, BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mendesak Permodalan Negeri Selangor Berhad menyegerakan pembinaan Persimpangan Bertingkat antara Lebuhraya ELITE & SKVE untuk menyuraikan kesesakan trafik di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Daerah Kuala Langat?
144) PENDAWAIAN ELETRIK DI SEKOLAH AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Terdapat sekolah bantuan kerajaan yang mempunyai sistem pendawaian yang teruk dan beri risiko tinggi kepada kebakaran litar pintas. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu badan khas bagi menilai dan menyemak kembali sekolah sekolah ini supaya ianya selamat bagi murid-murid?
144) KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuka/membesarkan kawasan perkampungan tradisi Melayu?
144) SELIAAN ZON INDUSTRI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru di dalam mengatasi kekangan seliaan di zon industri kerana kekurangan dana serta persepsi pedagang luar negara yang mengatakan bahawa negara-negara jiran lebih baik langkah seliaannya di zon- zon industri mereka agar penambahan modal asing akan bertambah?
144) TEKNOLOGI DRONE
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Selangor bercadang untuk memperkembangkan teknologi drone kepada masyarakat terutama kepada generasi muda dengan menyediakan insentif dan kawasan operasi kepada syarikat-syarikat swasta yg berminat melabur dalam bidang tersebut? Teknologi drone sekarang diguna pakai bukan sahaja di bidang ketenteraan, pengawasan, bahkan dalam bidang pertanian.
144) PEMBATALAN PROJEK RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah nama pemaju perumahan yang dibatalkan Projek Rumah Selangorku oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini dan sebab-sebab sebenar pembatalannya?
-
Mohon spesifikasi sembilan projek yang dibatalkan itu meliputi bilangan unit dan lokasi mengikut kawasan-kawasan PBT.