143) KERJASAMA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI DAN GLC-GLC UNTUK MEMBANTU ADUN DALAM PROGRAM KEMASYARAKATAN (CSR)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat rancangan untuk menggalakan kerjasama antara pihak GLC dan ADN bagi manfaat rakyat?
143) KESAMARATAAN ELAUN DAN PERUNTUKAN UNTUK KETUA KAMPUNG, KETUA KAMPUNG BARU DAN KETUA KOMUNITI INDIA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Mengapakah elaun dan peruntukan Ketua Kampung untuk Kampung Tradisi dan Kampung Baru serta Ketua Komuniti India adalah berbeza?
143) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) apabila melakukan operasi di kawasan agama selain daripada Islam? Jika ya, sila bekalkan
-
Jika tidak, apakah sebab penangguhan tersebut?
143) PORTFOLIO EXCO
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Terdapat lantikan baru dan rombakan portfolio EXCO agama kerana perubahan dalam parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Apakah rasional rombakan portfolio pada EXCO yang baru sehingga portfolio agama tidak lagi dipegang seperti EXCO sebelumnya?
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar tidak percaya dengan parti PAS?
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar mampu melaksana tugasan portfolio penting yang banyak dan sekali gus dengan berkesan?
143) INSTITUT WANITA BERDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan sebuah institute yang akan memfokus kepada pembuatan dasar-dasar berkaitan wanita dan menjalankan kajian keberkesanan program wanita membangunkan kaum wanita di Selangor?
143) BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan memperluas lagi Inisiatif Bantuan Pembangunan Usahawan dengan program-program baru?
-
Adakah kerajaan ada menyediakan Bantuan Khas Bencana Banjir kepada usahawan dan PKS Negeri Selangor?
143) PEMBELIAN SPLASH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembelian SPLASH?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menentukan jumlah harga pembelian SPLASH?
143) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional kerajaan negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?
-
Adakah kerajaan negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden?
143) MENYEMARAKKAN KEGIATAN BELIA BERWAWASAN DAN MAJU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk inisiatif dan insentif pihak kerajaan negeri Selangor bagi belia berwawasan dan maju di negeri Selangor melalui PeBT?
143) AKHBAR SELANGOR KINI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membiayai akhbar Selangor Kini dari 2014- 2017?
-
Senarai secara terperinci syarikat yang menaja akhbar Selangor Kini sekiranya ada?