143) KADAR AIR TIDAK BERHASIL (NRW)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) dalam masa tiga tahun yang akan datang memandangkan syarikat milik kerajaan Selangor ini telah mengambil alih tugas bekalan air daripada Syabas dan Puncak Niaga?
143) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa unitkah yang sudah di bina sejak pelancarannya?
-
Berapa unitkah yang masih dalam pembinaan?
143) TAMAN RIMBA AMPANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Taman Rimba Ampang telah ditutup untuk kerja-kerja pembinaan Lebuhraya EKVE. Usaha pemulihan TRA perlu dilaksanakan selepas projek siap. Siapakah yang akan bertanggungjawab memulihkan semula TRA?
-
Berapakah anggaran kos baik pulih TRA?
-
Siapa yang memantau pemulihan tersebut?
143) PENGGUNAAN KEMUDAHAN DEWAN ORANG RAMAI DAN BALAIBALAI RAYA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Pada tahun lalu, Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor termasuk MPS, begitu ghairah mengambil alih pengurusan dewan-dewan dan balai-balai raya di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Tindakan ini telah menimbulkan banyak masalah serta membelakangkan kepentingan rakyat. Selain kemudahan-kemudahan ini telah tidak di selenggara dengan baik oleh PBT, penduduk-penduduk tempatan juga menghadapi masalah untuk mengadakan program kemasyarakatan dari semasa ke semasa oleh kerana kelulusan bagi penggunaan kemudahan tersebut ditolak oleh pihak PBT. Apakah rasional dan motif sebenar pengambilalihan pengurusan kemudahankemudahan tersebut oleh PBT
-
Mohon nyatakan bilangan permohonan penggunaan kemudahan dewan dan balai raya yang telah diterima oleh PBT dalam kawasan DUN Taman Templer dan bilangan permohonan yang telah dinafikan serta sebab-sebab bagi penafian berkenaan
143) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat cadangan menambah peruntukan PeBT bagi menyemarakkan lagi program belia Selangor?
-
Adakah terdapat cadangan insentif tambahan kepada PeBT dan belia?
-
Apakah program pembangunan yang telah dan akan diwujudkan bagi memupuk jatidiri dan nilai insani belia? Senaraikan.
143) CUKAI PBT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis-jenis cukai dan lesen yang dikutip oleh PBT?
-
Nyatakan kadar setiap jenis cukai dan lesen yang dikenakan oleh PBT?
-
Berapakah jumlah hasil kutipan cukai dan lesen dari 2008-2012 mengikut PBT?
143) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perolehan pendapatan dan elaun bagi jawatan CEO atau pengerusi di setiap Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapakah keuntungan hasil projek pembangunan perumahan antara Anak Syarikat Kerajaan Negeri dengan pemaju swasta?
-
Apakah pulangan hasil kepada tanggungjawab masyarakat dan sosial di kawasan DUN Jeram yang dibangunkan oleh pemaju perumahan swasta (LBS, WORLDWIDE, ECO Grandeur)?
143) AGENDA KESAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan utama akibat perubahan iklim kepada Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan dan persiapan yang sudah dan akan dilakukan oleh kerajaan?
143) PERUMAHAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan tindakan kerajaan untuk mengawal harga rumah daripada dijual dengan harga yang begitu mahal?
-
Setakat manakah kejayaan program Ôapartment ceriaÕ, dan apakah kelemahan dan halangan kelicinan program ini jika ada?
143) AKTIVITI PERTANIAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi kebenaran khas atau lesen sementara kepada mereka yang mengusahakan tanah Kerajaan Negeri untuk aktiviti pertanian?