143) PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK SEKOLAH SEJAK 2008
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang telah diagihkan kepada semua jenis sekolah sejak 2008.
-
Adakah kerajaan telah mengkaji keperluan menyemak semula jumlah bantuan untuk pelbagai jenis sekolah termasuk mengambil kira penambahan sekolah mengikut jenis sekolah?
143) SUMBER TENAGA HIJAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan perlepasan karbon dengan kegunaan sumber tenaga hijau?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menggalak industri atas kegunaan sumber tenaga hijau?
143) KECERIAAN KUBUR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status keceriaan pengkuburan Islam di Negeri Selangor?
143) KELEMBAPAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Selangor bagi membantu ibu bapa yang terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang berada di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor, mengambil berat perkara ini dapat dikecualikan daripada membayar yuran dan menyediakan buku teks percuma kepada pelajar
-
Di maklumkan bahawa ramai ibu bapa luar Bandar tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah kerana kos yang tinggi. Bolehkah memberi statistik jumlah anak-anak yang bersekolah dan dengan anak-anak yang tidak bersekolah.
143) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang dibelanjakan untuk program tuisyen percuma tersebut?
-
Adakah bagi pelajar miskin atau kurang berkemampuan diluar bandar mengikut DUN diberikan kelebihan peruntukan dari segi jumlah kuota pelajarnya?
143) PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Perkhidmatan Bas SMART Selangor dilihat mendapat sambutan dari pengguna pengangkutan awam. Memandangkan Bas Smart Selangor tidak dapat mencapai banyak lokasi yang terpencil dan padat penduduk, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor menjadi lebih meluas dan cekap?
143) USAHA KERAJAAN MENGAWAL COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kerajaan Negeri Selangor membantu bagi usaha mengawal Kes COVID-19?
-
Nyatakan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu Kerajaan Persekutuan menjayakan program CAC, Pusat Kuarantin dan PPV.
143) DEMOKRASI DAN URUSTADBIR BAIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejak Akta Kebebasan Maklumat diwujudkan pada tahun 2011, sila nyatakan jumlah permohonan dibuat oleh orang awam ke atas maklumat rasmi.
-
Nyatakan jenis permohonan mengikut tujuan dan isu,
-
Jumlah permohonan yang dilulus dan ditolak; dan sebab ditolak, jika ada.
143) POKOK TUMBANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif yang diambil Kerajaan Negeri untuk mengelakkan kejadian pokok tumbang di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah pokok yang ditebang dan dicantas di Petaling Jaya pada tahun 2022, 2023 dan 2024?
143) GAJI MINIMUM DAN KAKITANGAN PKM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menambah elaun pejalanan, telefon dan Touch N Go disebakan kekerapan menghadiri mesyuarat di bawah agensi kerajaan?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah kursus peningkatan kemahiran bagi kakitangan PKM serta menambah bilangan kakitangan PKM?
-
Adakah terdapat rancangan untuk menaikkan gaji kakitangan PKM atau menukarkan kepada model "living wage"?