142) JAWATAN DIPEGANG AHLI EXCO
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh setiap ahli EXCO di anak syarikat, badan berkanun serta agensi-agensi lain.
-
Nyatakan jumlah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh setiap ahli EXCO dengan semua jawatan tersebut.
142) PENGURUSAN SAMPAH DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai langkah-langkah segera untuk menyelesaikan masalah sampah-sampah pukal daripada pengusaha-pengusaha restoran dan chalet di kawasan kampung yang merupakan penyumbang utama longgokan sampah (seperti contoh di Pekan Batu 18)?
-
Jika ya, nyatakan langkah-langkah itu
142) BIKECARE
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakan permohonan BikeCare yang diterima oleh Kerajaan Negeri?
-
Tolong senaraikan pemohon yang berjaya, dengan butiran model motosikal, lokasi DUN dsb.
142) MASALAH PROJEK RUMAH TERBENGKALAI LADANG DUSUN DURIAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apa tindakan terkini Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor mengatasi masalah rumah terbengkalai di Ladang Dusun Durian di Kg Tali Air Morib?
142) CUKAI PERNIAGAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jumlah kutipan cukai perniagaan di Selangor pada tahun 2015 mengikut PBT?
-
Nyatakan jumlah tunggakan cukai perniagaan pada tahun 2015 mengikut PBT?
142) TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Garis Panduan yang bagaimanakah yang diguna pakai sebagai formula dalam membayar pampasan kepada pemegang-pemegang TOL (Temporary Occupation Lisence) yang mana tanah tersebut diambil alih oleh Kerajaan Negeri ataupun oleh agensi-agensi pembangunan kerajaan?
-
Berapa lama kah proses pembayaran bagi pengambilan tanah tersebut dan nyatakan agensi-agensi lain yang terlibat dalam pengambilan tanah ini?
142) KESTABILAN POLITIK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah kesan ADUN Kerajaan yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri?
-
Apakah tindakan kepada Ahli Majlis yang tidak menyokong Kerajaan Negeri?
-
Adakah krisis ini menganggu kepercayaan pelabur untuk datang ke Selangor?
142) PEMBANGUNAN LOJI RAWATAN AIR, LRA SUNGAI RASAU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembangunan Loji Rawatan Air, LRA Sungai Rasau?
-
Adakah pembinaan ini mempengaruhi kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan sekitarnya?
142) SUNGAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Rancangan bagi pembersihan Sungai Kelang. Setakat manakah pembangunan yang sedang dijalankan?
-
Siapa dan berapakah syarikat yang mengambil bahagian dalam pembangunan ini?
142) KEBAJIKAN WARGA MISKIN DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri memiliki mekanisme bagi memastikan skim-skim IPR dan Smart Selangor hanya untuk rakyat Selangor yang betul-betul layak sahaja?