141) LAPORAN WANG MARRIS
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status perbelanjaan
-
Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status perbelanjaan.
141) PETANI TERJEJAS AKIBAT COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan semakan terperinci terhadap petani yang terjejas akibat Covid19 dan berapakah jumlah mereka?
-
Nyatakan bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada petani yang terjejas.
141) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan baru dan kemaskini Lembaga Zakat Selangor sepanjang tahun 2022 mengikut daerah?
-
Senaraikan jenis - jenis bantuan dan jumlah penerima yang mendapat bantuan daripada pihak LZS bagi DUN Semenyih tahun 2022.
141) PREMIUM TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Didapati kadar premium tanah naik mendadak dalam kes di daerah Kuala Selangor. Bagaimanakah perkara ini terjadi dan apakah justifikasi kenaikan tersebut?
-
Apakah implikasi kenaikan tersebut terhadap rakyat?
-
Adakah kerajaan negeri terdesak dari segi kewangan sehingga hilang budi bicara terhadap rakyat?
141) CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan cukai tanah Negeri Selangor bagi tahun 2016 dan 2017.
-
Senaraikan jumlah cukai tanah yang tertunggak sehingga kini mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah individu pemegang akaun berdasarkan cukai tanah yang tertunggak?
141) KILANG HARAM MENCEMARI ALAM SEKITAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah prosedur Kerajaan (PTD dan PBT) untuk meminta TNB bertindak di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik untuk memotong bekalan elektrik kepada kilang-kilang yang menjalankan kegiatan yang melanggar Akta Kualiti Alam sekitar?
141) KESELAMATAN DARI JENAYAH DAN BENCANA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pelaksanaan sistem keselamatan kendiri di kawasan perumahan sebagaimana janji penggantian Rukun tetangga kepada sistem baru yang lebih berkesan?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penguatkuasaan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir dilaksanakan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jenayah sosial yang berkaitan arak dan judi daripada berleluasa?
141) PEMBANGUNAN PULAU CAREY
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Setakat manakah Kerajaan Negeri mengetahui tentang pembangunan pelabuhan Carey Island yang bernilai RM200 bilion?
-
Apakah pandangan kerajaan negeri tentang pembangunan tersebut?
-
Sila jelaskan keadaan sekarang Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey
141) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek dan program yang telah dilaksanakan di bawah geran Selangor ku?
-
Apakah pecahan projek dan program tersebut mengikut 17 bidang yang ditetapkan?
-
Berapa banyak peruntukkan yang telah digunakan sehingga Jun 2012?
141) MANIFESTO KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan siapakah yang bertanggungjawap untuk setiap perkara dalam manifesto dalam Pilihanraya baru-baru ini?