141) PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN PETANI PADI RM1,500.00 SEBULAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah jumlah petani padi Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapa ramai petani yang pendapatannya dari hasil padi melebihi RM1,500.00 sebulan?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan petani padi?
141) ANAK SYARIKAT KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menguruskan sendiri pelaburan langsung asing memandangkan kerajaan pusat seperti kurang membantu? Jika ada, sila huraikan.
141) PETANI TERJEJAS AKIBAT COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan semakan terperinci terhadap petani yang terjejas akibat Covid19 dan berapakah jumlah mereka?
-
Nyatakan bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada petani yang terjejas.
141) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah Pusat Dialisis Rakyat yang telah ditubuhkan di Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi pusat tersebut
-
Berapakah kos yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah pusat dialisis?
-
Berapakah kos yang diperlukan untuk setiap bulan untuk pusat-pusat tersebut?
141) KILANG HARAM MENCEMARI ALAM SEKITAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah prosedur Kerajaan (PTD dan PBT) untuk meminta TNB bertindak di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik untuk memotong bekalan elektrik kepada kilang-kilang yang menjalankan kegiatan yang melanggar Akta Kualiti Alam sekitar?
141) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Danau yang merupakan projek penempatan semula penduduk-penduduk Kampung Hassan, Ulu Bernam dan nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk-penduduk Kg. Hassan akan berpindah ke PPR tersebut
141) PEMBANGUNAN PULAU CAREY
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Setakat manakah Kerajaan Negeri mengetahui tentang pembangunan pelabuhan Carey Island yang bernilai RM200 bilion?
-
Apakah pandangan kerajaan negeri tentang pembangunan tersebut?
-
Sila jelaskan keadaan sekarang Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey
141) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila perincikan terimaan MARRIS daripada Kerajaan Pusat dan pembahagian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan-jabatan dari tahun 2008 hingga 2013.
-
Sila perincikan kuantiti jalan untuk terimaan MARRIS mengikut Pihak Berkuasa Tempatan.
141) SUNTIKAN DANA PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri boleh menyediakan dana permulaan atau dana penggalak kepada pengusaha-pengusaha kecil untuk membangunkan sendiri industri pelancongan di Pantai Remis sebagai alternatif kepada ketiadaan pelan pembangunan oleh kerajaan?
141) PROGRAM PWB
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua program PWB yang dianjurkan mengikut DUN.
-
Sila butirkan bilangan yang hadir untuk setiap program tersebut.