141) SUKAN SEA DAN SUKAN PARA ASEAN 2017
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan agensi-agensi kerajaan negeri yang terlibat sepanjang kejohanan ini
-
Senaraikan gelanggang-gelanggang di bawah seliaan Kerajaan Negeri yang terlibat sepanjang kejohanan ini.
-
Berapakah kos yang terlibat bagi tujuan persiapan dan penganjuran kejohanan ini bagi gelanggang di bawah seliaan Kerajaan Negeri?
141) KUTIPAN SAMPAH
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah mekanime pungutan sampah yang dilaksanakan oleh PBT agar ianya dapat dipungut mengikut jadual?
-
Bagaimanakah proses pungutan sampah yang dilakukan di kawasan kampung tradisional di kawasan PBT?
-
Apakah tindakan yang dilakukan PBT kepada pihak-pihak yang membuang sampah-sampah dan sisa-sisa buangan di merata-rata tempat dan sekiranya tidak dibanteras, ianya akan mengakibatkan pandangan yang tidak baik terhadap PBT?
141) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penerima bantuan ini?
141) PERMOHONAN MARRIS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah status peruntukan Marris bagi membaiki jalan-jalan kampung yang telah rosak terutama jalan-jalan Kampung Sungai Udang dan Jalan Yadi di dalam kawasan DUN Selat Klang?
141) KOS PENYELENGGARAN KEDIAMAN RASMI EXCO SELANGOR DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan kos dan butir-butir penyelenggaraan untuk 10 unit kediaman rasmi EXCO Selangor dan juga Kompleks Dewan di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Tahun 2015 dan Tahun 2016
-
Sehingga bulan Februari 2017 adakah kesemua unit telah diduduki oleh EXCO?
-
Sila menyatakan butir-butir penyewaan kompleks dewan dan tujuan penggunaan pada tahun 2015 dan 2016
141) PEMASANGAN HOTSPOT WIFI SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bilakah tempoh akan bermula pemasang di Dun Meru?
-
Apakah punca kelewatan sejak ia dilancarkan?
-
Siapakah pembekal telco yang telah dilantik?
141) COVID-19 DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah punca kes COVID-19 semakin meningkat mendadak di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan kes tersebut dengan berkesan?
141) KAJIAN KENAIKAN ELAUN GURU KAFA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun guru-guru KAFA di Selangor?
141) PENGANGGURAN DIKALANGAN ANAK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar pengangguran belia bagi tempoh pasca pandemik Covid-19 (2020-2024)?
-
Sejauh mana keberkesanan kaedah pengurangan kadar pengangguran melalui program-program yang telah dijalankan oleh kerajaan Selangor?
141) DAKWAAN MAHKAMAH KEPADA KILANG PENCEMAR SUNGAI SEMENYIH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana tindakan mahkamah kepada sebuah kilang di Lot 1571 Batu 22 1/4 Jalan Sungai Lalang, Semenyih yang disita oleh Kerajaan Negeri pada 4 Oktober 2016 kerana disyaki mencemar Sungai Semenyih?
-
Apakah status kedudukan tanah yang disita oleh Kerajaan Selangor berkaitan perkara (a)?
-
Apa yang dilakukan terhadap barang-barang yang dirampas dan berapakah nilai rampasan tersebut?