140) JAJARAN PROJEK LEBUH RAYA PANTAI BARAT (WCE) LALUAN DARIPADA RAJA MUSA KE TANJONG KARANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan laluan sebenar jalan jajaran daripada Projek WCE yang akan dilaksanakan daripada Raja Musa ke Tanjong Karang.
-
Senaraikan jumlah lot-lot tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah tersebut Êmengikut keluasan tanah dan mengikut kampung-kampung yang terlibat.
140) AGENDA MEMPERKASA BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mempersiapkan golongan belia dengan program latihan pekerjaan
-
Minta kerajaan negeri jelaskan rancangan untuk menaiktaraf kemudahan dan fasiliti sukan di Selangor
-
Nyatakan usaha-usaha kerajaan negeri untuk merangsang aktiviti keusahawanan belia di Selangor
140) HASIL PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah gagal mencapai sasaran hasil kutipan pasir yang disasarkan berjumlah RM150 juta setahun. Bagaimanakah cara pengiraan sehingga kerajaan negeri mendapat angka sasaran RM150 juta tersebut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengemukakan anggaran baru hasil pasir dalam setahun?
-
Apakah faktor Ð faktor yang menggagalkan usaha kerajaan negeri untuk meraih sasaran kutipan tersebut?
140) STATUS PERLANTIKAN TIMBALAN DATUK BANDAR MBPJ
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Siapakah yang mempunyai kuasa untuk melantik Timbalan Datuk Bandar?
-
Apakah kronologi dan status perlantikan Puan Sharipah Marhaini Binti Syed Ali sebagai Timbalan Datuk Bandar?
140) EJEN KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah ejen syarikat, bank, firma dan pejabat pos yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat di Selangor
-
Senaraikan ejen kutipan tersebut mengikut daerah.
140) KISS DAN PEDULI SIHAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meringankan beban golongan B40 yang layak tersenarai di dalam e-Kasih dan BSH tetapi tidak tersenarai sebagai penerima bantuan KISS dan Peduli Sihat seperti sebelumnya?
140) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah keuntungan atau kerugian yang dicapai oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap tahun sepanjang 5 tahun yang lepas
140) PENGANGKUTAN AWAM DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Tidak ada perkhidmatan bas awam khususnya dari DUN Kota Damansara ke Hospital Besar Sg.Buloh, dari kawasan Seksyen 3 (MBPJ) ke Subang 2 (MBSA) dalam DUN Kota Damansara. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
-
Bolehkah Majlis Berkuasa Tempatan membantu menyediakan perkhidmatan bas ?
141) SENARAI PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah permohonan pemutihan kilang-kilang haram yang telah diluluskan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor sehingga Februari 2020.
-
Sejauh manakah sambutan oleh pemilik kilang haram terhadap program pemutihan kilang-kilang dari Kerajaan Negeri Selangor?
141) PAPAN IKLAN “BILLBOARD” DAN PAPAN IKLAN DIGITAL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang insiden keruntuhan "Billboard" yang telah berlaku di negeri Selangor?
-
Apakah garis panduan untuk memastikan "Billboard" yang dipaparkan adalah selamat?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula mengenai kesesuaian untuk membenarkan papan iklan digital dipasangkan di jalan raya?