139) PEMBINAAN SEKOLAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk mendapatkan bajet dari Kerajaan Malaysia bagi membina sebuah sekolah rendah dan menengah bagi menampung kepadatan penduduk yang makin bertambah terutama di Taman Templer disebabkan banyak kawasan perumahan baru yang dibuka?
139) PENGURUSAN MASJID MENGIKUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melantik pengurusan masjid mengikut enakmen?
-
Berapakah anggaran perbelanjaan jawatankuasa yang perlu dilantik mengikut enakmen?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah bersedia dengan modus operasi dan garis panduan untuk tujuan tersebut?
139) SELENGGARA JALAN-JALAN DALAM TAMAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah dan prosedur pembiayaan penyelenggaraan jalan-jalan perumahan pangsapuri kos rendah?
-
Berapakah yang diperuntukkan untuk selenggara jalan-jalan dalam perumahan pangsapuri kos rendah?
-
Senaraikan pangsapuri kos rendah di DUN Taman Medan yang sudah diselenggara
139) KESIHATAN SELCARE CLINIC
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terkini Klinik SELCARE di seluruh Selangor dan pecahan bilangannya mengikut daerah?
139) PENGAMBILAN BALIK KUALA LUMPUR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah pulangan yang dijanjikan diberi kepada Kerajaan Selangor apabila Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974?
-
Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan untuk mengambil alih Kuala Lumpur memandangkan Kerajaan Persekutuan sudah mempunyai Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan?
140) KESIHATAN SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan pengguna SELangkah yang telah memanfaatkan fungsi Selangor Mental Sihat (SEHAT) sejak dilancarkan mengikut daerah di negeri Selangor?
140) ISU BERKAITAN TEMPAT IBADAT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah tempat ibadat mengikut pecahan agama Buddha, Hindu dan Kristian yang didirikan secara tidak sah di atas tanah milik kerajaan ?
-
Sebutkan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat yang didirikan tanpa kebenaran ini
-
Berapa banyakkah rumah ibadat Hindu yang telah dirobohkan pada tahun 2006, 2007 dan 2008 ?
140) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Setelah program ini dibuka kembali, berapa permohonan yang telah diluluskan?
-
Nyatakan jumlah kelulusan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah peruntukan bagi membolehkan ramai lagi peserta dapat dibantu?
140) PENYELENGGARAAN JALAN DI PANGSAPURI-PANGSAPURI BERSTATUS PEMILIKAN STRATA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menangani masalah penyelenggaraan jalan di pangsapuri-pangsapuri berstatus pemilikan strata?
140) NILAI PERKHIDMATAN PBT PADA CUKAI YANG DIBAYAR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah perkhidmatan PBT berkadaran dengan nilai cukai yang dibayar?
-
Apakah langkah yang diusahakan PBT untuk melaksanakan perkhidmatan prinsip khidmat vs hasil dari cukai?
-
Apakah perancangan PBT untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat?