139) COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah kerajaan telah memperuntukkan kepada rakyat Selangor yang dijangkiti Covid-19?
139) LAPORAN PERBELANJAAN PENGERUSI JKKKN/KETUA KAMPUNG NEGERI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Berapakah Elaun Ketua Kampung dan Berapakah Elaun mesyuarat Ketua Kampung ?
-
Berapakah Peruntukkan Ketua Kampung untuk program yang di jalankan oleh setiap kampung ?
-
Siapakah yang memantau perlaksanaan dan perbelanjaan tersebut serta apakah contoh program yang di jalankan ?
139) PENYELENGGARAAN PARIT DI SEPANJANG PERSIARAN HAMZAH ALANG (SIMPANG JALAN KASIM/SURAU MERU EHSAN KE PEKAN KAPAR)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapa kalikah parit ini telah diselenggara sejak tahun 2015 dan pihak manakah yang menyelenggaranya?
-
Apakah perancangan negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tanah lot di jalan ini dari persimpangan Jalan Kasim ke Surau Darul Akhyar?
139) ISU KERETA BURUK TERSADAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah aduan diterima daripada publik mengadu isu kereta buruk tersadai di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2015 dan tahun 2016.
-
Apakah garis panduan atau S.O.P yang diguna pakai oleh setiap PBT untuk menunda atau menyaman pemilik kenderaan tersebut?
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh setiap PBT yang mengambil masa begitu lama untuk mengalihkan kenderaan tersebut yang menjadi punca eye sore dan berbahaya kepada pengguna jalan raya?
139) PRESTASI KETUA KAMPUNG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Berharap supaya penglibatan ADUN sebagai penilai akhir berkaitan prestasi Ketua Kampung dapat diambil kira selain daripada Penghulu.
-
Memastikan penglibatan Ketua Kampung dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak DUN juga diambil kira sebagai nilai tambah kepada prestasi mereka.
139) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima bantuan tersebut pada tahun 2016 mengikut kaum dan jantina.
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut pada tahun 2016.
139) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan skim mesra usia emas ( SMUE ) bagi tahun 2019 sehingga September?
-
Berapa ramai jumlah penerima SMUE ini untuk program JOM SHOPPING tahun 2019?
139) ROYAL RAINMAKER PROJECT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Mohon nyatakan berkenaan 'Royal Rainmaker Project":
-
Berapakah kos terlibat.
-
Peratusan keberkesanannya.
139) MASALAH PENANAMAN PADI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan purata hasil tuaian padi musim pertama 2017 di Sekinchan?
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan hasil tuaian padi kian merosot ?
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan kaedah penyelesaian yang dikenalpasti bagi mengatasi masalah tersebut ?
139) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Siapakah ahli lembaga dan pengurusan kanan PKNS kini?
-
Nyatakan struktur, perjawatan, jawatankuasa-jawatankuasa dalam PKNS serta fungsinya?
-
Nyatakan anak-anak syarikat PKNS dan fungsinya?