139) MASJID
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar masjid-masjid tidak dijadikan gelanggang berpolitik. Apakan langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan titah arahan ini?
-
Setakat ini adakah mana-mana masjid yang telah melanggar titah arahan ini dan sekiranya berlaku perlanggaran tersebut apakah bentuk pendakwaan dan hukuman yang boleh dikenakan jika seseorang itu didapati bersalah mengingkari titah arahan ini?
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menghalang mereka yang aktif berpolitik agar tidak menyampaikan khutbah dan memberikan ceramah?
139) MPKK KAMPUNG BARU DAMANSARA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program program MPKK pada tahun 2022 dan 2023 serta perbelanjaan setiap program.
-
Senaraikan ahli MPKK.
139) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima bantuan tersebut pada tahun 2016 mengikut kaum dan jantina.
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut pada tahun 2016.
139) MASALAH PENANAMAN PADI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan purata hasil tuaian padi musim pertama 2017 di Sekinchan?
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan hasil tuaian padi kian merosot ?
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan kaedah penyelesaian yang dikenalpasti bagi mengatasi masalah tersebut ?
139) TABUNG CARUMAN PEMBAIKAN PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN OLEH PBT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah peruntukan-peruntukan sah bawah undang-undang atau akta-akta yang diberikan kepada PBT untuk menuntut dari pemilik-pemilik hartanah untuk memberi sumbangan ke tabung ini?
-
Bagaimanakah tabung ini sedang ditadbirkan dan apakah cara pengiraan untuk mengenakan bayaran sumbangan ke tabung ini?
-
Adakah tabung ini sedang dikuatkuasakan?
139) PEMBINAAN KONDOMINIUM DI BATU CAVES
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kontroversi pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves?
139) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelajar PTRS pada tahun 2016?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk melaksanakan PTRS pada tahun 2016?
139) MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 terus berlaku?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 secara tuntas?
-
Sila nyatakan kaedah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut?
139) PROJEK MEMBAIKPULIH MASJID JAMEK PEKAN KAJANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk penambahbaikan yang dilakukan terhadap Masjid Jamek Pekan Kajang? Sejauh mana pemantauan dibuat untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual.
-
Berapakah kos yang terbabit dan bilakah jangkaan ianya akan disiapkan.
139) PELABURAN ASING DARI JERMAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memandangkan negara Jerman merupakan negara sains dan teknikal yang agak terkemuka di dunia dan nilai purata pelaburan dari negara Jerman merupakan antara yang tertinggi di Selangor, apakah usaha kerajaan untuk menjalin hubungan ekonomi dan sosial yang lebih erat dengan pelabur dan rakyat Jerman?