139) PERUNTUKAN KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan setahun yang diberikan kepada setiap Ahli Majlis di setiap PBT di Selangor?
-
Berapakah elaun bulanan yang diterima oleh Ahli Majlis bagi satu-satu PBT?
-
Berapakah jumlah perlindungan insurans/ takaful tahunan yang melindungi Ahli Majlis di PBT masing-masing?
139) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan memenuhi aspirasi rakyat melalui slogan yang acap kali dicanang-canangkan. Berapakah jumlah projek terbengkalai yang sudah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri dan mohon disenaraikan mengikut daerah?
-
Sehingga kini, berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai yang sudah berjaya diatasi
139) INDUSTRI SURIA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Dengan peningkatan kos tenaga di seluruh dunia, alternatif lain perlu difikirkan bagi mengatasi masalah tersebut. Tenaga suria yang banyak patut dieksploitasi bagi pembekalan tenaga dan penggunaannya secara meluas. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal penggunaan tenaga suria bagi mengatasi kos tinggi bekalan tenaga sedia ada?
-
Berapakah peruntukan dalam belanjawan 2009 dicadang akan diberikan kepada industri suria daripada peringkat kajiian sehingga mampu menjadi salah satu unsur bekalan tenaga?
139) RANCANGAN EKONOMI PERTANIAN SEMENYIH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Adakah pelan atau rancangan bagi membina satu kawasan di Semenyih bagi tujuan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk membantu penduduk tempatan menaikkan taraf ekonomi mereka?
-
Berapa peruntukan yang disediakan kepada petani-petani kecil di Selangor? Petani di Beranang minta peruntukan bagi membangunkan kawasan penanaman serai dan ditukar kawasan penanaman padi kepada serai.
139) PENGURUSAN SAMPAH DOMESTIK DI KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berkenaan dengan pengurusan sampah domestik di kawasan kampung. Berapakah jumlah peruntukan bagi pengurusan tahunan?
-
Apakah peruntukan ini termasuk pengurusan sampah haram di kawasan kampung?
139) TEMPLER PARK GOLF & RESORT BERHAD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif penubuhan Templer Park Golf & Resort Berhad?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan Templer Park Golf & Resort Berhad?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Templer Park Golf & Resort Berhad?
139) STATISTIK PENGANGGURAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan statistik terkini pengangguran di Selangor pada tahun 2015 mengikut sektor dan daerah.
139) MPKK KAMPUNG BARU DAMANSARA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program program MPKK pada tahun 2022 dan 2023 serta perbelanjaan setiap program.
-
Senaraikan ahli MPKK.
139) MASJID
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar masjid-masjid tidak dijadikan gelanggang berpolitik. Apakan langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan titah arahan ini?
-
Setakat ini adakah mana-mana masjid yang telah melanggar titah arahan ini dan sekiranya berlaku perlanggaran tersebut apakah bentuk pendakwaan dan hukuman yang boleh dikenakan jika seseorang itu didapati bersalah mengingkari titah arahan ini?
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menghalang mereka yang aktif berpolitik agar tidak menyampaikan khutbah dan memberikan ceramah?
139) PEMBINAAN KONDOMINIUM DI BATU CAVES
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kontroversi pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves?