138) PROGRAM GALAKAN SAINS DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Sekolah (integrasi ) agama yang dibina rakyat telah dipinggirkan sebelum 2008. Bagaimanakah kerajaan negeri membantu SAR menguasai bidang sains?
-
Apakah bentuk bantuan yang diberi?
138) PEMBINAAN HOSPITAL GIGI DI SUNGAI TERAP, DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah pembinaan projek hospital gigi di Sungai Terap, Daerah Kuala Selangor akan diteruskan?
-
Jika ya, berapakah jumlah kos projek tersebut dan bilakah ia dijangka dapat disiapkan sepenuhnya?
139) PENGAMBILAN BALIK KUALA LUMPUR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah pulangan yang dijanjikan diberi kepada Kerajaan Selangor apabila Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974?
-
Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan untuk mengambil alih Kuala Lumpur memandangkan Kerajaan Persekutuan sudah mempunyai Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan?
139) KONTRAKTOR KDEB
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan penjadualan kutipan sampah mengikut kawasan Hulu Selangor?
-
Nyatakan bilangan kontraktor yang dianugerahkan kontraktor pembersihan kawasan dan apakah kriteria utama bagi menilai prestasi kerja pembersihan?
139) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DI PERSIARAN MOKHTAR DAHARI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah kesesakan trafik di Persiaran Mokhtar Dahari ketika waktu puncak?
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melebarkan jalan di Persiaran Mokhtar Dahari sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah kesesakan trafik?
139) PANGSAPURI SERI BEREMBANG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah KPKT telah berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan masalah keretakan struktur Flat Seri Berembang?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPKT?
-
Adakah pihak KPKT ada berkongsi mengenai perancangan mereka bagi menyelesaikan isu tersebut?
139) KENAIKAN CUKAI PINTU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional pihak PBT menaikkan cukai pintu di Negeri Selangor?
-
PBT manakah yang terlibat dengan kenaikan cukai pintu di Selangor?
139) GAJI DAN PERUNTUKAN PWB
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan gaji dan peruntukan bagi PWB?
-
Selain it, adakah kerajaan akan membuat satu pembaruan konsep program PWB mengikut trend terkini?
139) PEMBINAAN SEKOLAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk mendapatkan bajet dari Kerajaan Malaysia bagi membina sebuah sekolah rendah dan menengah bagi menampung kepadatan penduduk yang makin bertambah terutama di Taman Templer disebabkan banyak kawasan perumahan baru yang dibuka?
139) PEMBERI MILIKAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah bermula Dasar Pemberi Milikan tanah (tiada rancangan pembangunan ke atasnya) kepada penduduk (warganegara)?
-
Nyatakan bilangan warganegara dan luas keseluruhan tanah yang diberi hak milik mengikut daerah.
-
Nyatakan bilangan bukan warganegara dan keluasan tanah yang diberi hak milik mengikut daerah.