138) PERUMAHAN STRATA TANPA PENGURUSAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan setiap pembangunan strata di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang tidak mempunyai MC atau JMB yang aktif.
-
Apakah KPI Kerajaan Negeri untuk melantik ejen pengurusan bagi pembangunan strata tersebut?
138) PERLOMBONGAN PASIR SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah Dasar Perlombongan Pasir Selangor masih lagi dipatuhi apabila pengurusannya diletakkan di bawah kendalian Kumpulan SEMESTA Sdn. Bhd. (KSSB)?
138) SYARIKAT MILIK KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila perincikan rekod untung rugi setiap syarikat milik kerajaan untuk tempoh 2010-2014.
-
Sila perincikan dividen yang dibayar oleh setiap syarikat milik kerajaan untuk tempoh 2010-2014.
-
Adakah bayaran dividen ini dimasukkan kepada kumpulan wang disatukan, atau ke sumber lain?
138) HUTANG KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah hutang tertunggak kerajaan Selangor terhadap Kerajaan Persekutuan setiap tahun bermula tahun 2011.
-
Senaraikan juga bayaran balik yang dibuat oleh Selangor setiap tahun serta bayaran dan kadar faedahnya.
-
Nyatakan baki tunggakan yang masih ada setiap tahun
138) JANGKITAN COVID-19 DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan dalam mengawal peningkatan kes baru COVID-19 di Negeri Selangor?
-
Sejauh mana keberkesanan dan peranan Selangor Task Force COVID-19 (STFC) dalam mengawal jangkitan COVID-19?
-
Apakah faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Negeri Selangor?
138) PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN BUKIT PUTIH OLEH PENDAKI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap permasalahan yang berterusan ini?
-
Pendaki-pendaki didapati menggunakan laluan daripada taman-taman persekitaran seperti Taman Cheras Awana untuk ke tempat pendakian dan meletak kereta di kawasan perumahan yang mengganggu penduduk. Apakah tindakan PBT dalam mengatasi masalah halangan lalu lintas yang menyusahkan penduduk untuk keluar masuk kawasan perumahan mereka?
138) BINA BARU PEJABAT RASMI ADUN KAWASAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Tidak adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk membina bangunan tetap untuk pejabat ADUN kawasan yang lengkap supaya YB ADUN tidak perlu menyewa premis kedai?
138) MASALAH BANJIR DI BUKIT LANCHONG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan JKR / PTD dan PPT terhadap isu banjir di Bukit Lanchong pada jangka pendek dan panjang? Banjir disebabkan isu saliran dan pembersihan yang tidak dijalankan mengikut jadual.
-
Apakah status longkang dan parit yang tidak mempunyai tuan?
-
Agensi yang mana bertanggungjawap dan jadual pembersihan sistem saliran, perparitan serta pemantaun?
138) RUMAH KEBAJIKAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat membuka rumah-rumah kebajikan atau jagaan untuk wargaemas dan OKU?
138) PROGRAM GALAKAN SAINS DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Sekolah (integrasi ) agama yang dibina rakyat telah dipinggirkan sebelum 2008. Bagaimanakah kerajaan negeri membantu SAR menguasai bidang sains?
-
Apakah bentuk bantuan yang diberi?