138) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan usaha Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Bahagia Indah Court yang telah terbengkalai selama beberapa tahun.
138) MASALAH KILANG HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian kerajaan dari segi pemutihan kilang-kilang haram? Minta satu senarai pemutihan meingkut daerah.
-
Apakah halangan utama yang dihadapi kerajaan dalam memutihkan kilang-kilang haram ini?
-
Apakah insentif-insentif yang ditawarkan kepada pekilang-pekilang ini untuk tujuan pemutihan?
138) PENGAUDITAN DALAMAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah keberkesanan audit dalaman di jabatan-jabatan dan PBT memandangkan juruaudit melapor kepada ketua jabatan.
-
Adakah kerajaan mempertimbangkan perjawatan juru audit setiap jabatan dipertanggungjawabkan oleh jabatan Audit Dalam Negeri?
-
Apakah keberkesanan jawatankuasa audit dan pengurusan korporat di setiap PBT?
138) PEMBASMIAN KEGIATAN CETI HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan untuk membasmi kegiatan ceti haram?
138) LETUPAN KUARI DAN BATU YANG MENIMPA RUMAH PENDUDUK DI DESA BUKIT INDAH (DBI), SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menguatkuasakan dan memantau peraturan letupan kuari berhampiran DBI?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasi isu batu yang menimpa rumah penduduk DBI?
-
Adakah Kerajaan Negeri memantau untuk memastikan perkara ini tidak berulang?
138) PERUBATAN WARGA EMAS
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan warga emas 65 tahun ke atas di Selangor dari tahun 2019 hingga 2021?
-
Adakah Skim Usia Emas yang telah dilaksanakan mencapai matlamatnya?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk maksud tersebut?
138) PERUMAHAN STRATA TANPA PENGURUSAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan setiap pembangunan strata di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang tidak mempunyai MC atau JMB yang aktif.
-
Apakah KPI Kerajaan Negeri untuk melantik ejen pengurusan bagi pembangunan strata tersebut?
138) SUMBER AIR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah perjanjian antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dalam Projek Pengangkutan Air Mentah dari Negeri Pahang?
-
Adakah Kerajaan Selangor mengenakan cas ke atas laluan pengangkutan air Projek tersebut dan mengenakan pampasan akibat daripada penebangan pokok-pokok di hutan simpanan dan gangguan terhadap habitat hidupan liar?
-
Adakah proses kajian impak alam sekitar, sosio-ekonomi, sosio-budaya disediakan dalam projek tersebut dan apakah mekanisme pemantauan pelaksanaannya
138) AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Setakat ini masih terdapat berapa kekosongan Ahli Majlis PBT yang belum diisi di semua PBT ?
-
Berapakah kekosongan Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Sepang?
-
Kenapa sehingga hari masih ada kekosongan yang belum diisi?
138) BIASISWA PENUH IPT BAGI ANAK SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap pemberian biasiswa penuh IPT kepada anak-anak Selangor?
-
Apakah faktor-faktor yang menghalang Kerajaan daripada menyalurkan wang rizab Negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma di IPT Selangor?
-
Berapakah jumlah dana diperlukan setahun bagi menjayakan pendidikan percuma di IPT Negeri?