138) KESELAMATAN JALAN RAYA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi proses membaikpulih dan pemasangan baru bagi lampu jalan di DUN Semenyih?
-
Apa usaha-usaha terkini bagi menaiktaraf sistem ïtraffic lightÍ di kawasan DUN Semenyih terutamanya di kawasan Tesco Rinching kerap kali berlaku kerosakan dan mengakibatkan kemalangan maut?
138) PENSTRUKTURAN KORPORAT KDEB
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status pinjaman dan bayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan penstrukturan korporat dan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) yang berjumlah RM 413 juta ?
-
Apakah usaha penstrukturan korporat tersebut mencapai objektif ?
138) LIBAT URUS PENDUDUK DALAM PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Dalam kerancakan pembinaan menara-menara telekomunikasi di sekitar DUN Jeram sejak beberapa bulan lalu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Yakin Telesel Sdn Bhd (YTSB) selaku agensi hentian setempat (OSA) lantikan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan persetujuan penduduk terlebih dahulu sebelum memulakan pembinaan?
138) BANJIR KILAT DUN BALAKONG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Banjir Kilat sering berlaku di kawasan DUN Balakong disebabkan sistem perparitan yang lama atau kurang berfungsi. Untuk membaiki sistem perparitan akan melibatkan kos yang tinggi dan tidak dapat bergantung kepada bajet PBT. Apakah usaha Kerajaan Selangor demi mengatasi masalah ini?
138) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Antara insentif skim merakyatkan ekonomi manifesto Pakatan 2013 ialah pemberian RM500 untuk pasangan kahwin kali pertama. Apakah status pelaksanaan insentif ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk melaksanakan insentif ini?
-
Nyatakan proses dan cara permohonan untuk insentif ini?
138) PINJAMAN PERUMAHAN RAKYAT BUKIT BOTAK (PPRBB)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini peminjam bagi PPRBB melalui Maybank Shah Alam yang bermasalah?
-
Adakah Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka?
138) PENYELENGGARAAN LONGKANG DAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERMATANG PASIR HINGGA KE PEKAN CHODOI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Kerja kerja pemasangan paip di Pekan Permatang Pasir hingga ke Pekan Chodoi telah menyebabkan kerosakan pada jalan-jalan penduduk dan sistem perparitan tidak dipulihkan . Apakah tindakan pihak JKR Kuala Langat sebagai pemantau projek ini supaya kontraktor Air Selangor melaksanakan tugas dengan sempurna?
138) AHLI MAJLIS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah perbelanjaan Kerajaan Selangor telah belanja kepada Ahli Majlis pada tahun 2009?
138) SUKAN DAN BELIA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk dan jumlah bantuan atau insentif yang ditawar oleh Kerajaan bagi menggalakkan lagi golongan belia di Negeri Selangor untuk menceburi bidang sukan?
-
Berapakah Peruntukan disediakan bagi program NGO yang berkaitan dengan sukan?
138) LAWATAN KE LUAR NEGARA OLEH PBT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Nyatakan lawatan ke luar Negara yang dibuat oleh PBT sejak 2008 sehingga sekarang termasuk bilangan dalam rombongan (pegawai PBT dan ahli Majlis), tujuan lawatan, perbelanjaan yang ditanggung dan pelan tindakan pasca lawatan.