138) PENDAPATAN HASIL PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pendapatan hasil dari pelancongan pada tahun 2015?
-
Apakah daya tarikan utama pelancong ke Selangor dan menjadi penyumbang utama pendapatan hasil pelancongan?
138) BINA BARU PEJABAT RASMI ADUN KAWASAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Tidak adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk membina bangunan tetap untuk pejabat ADUN kawasan yang lengkap supaya YB ADUN tidak perlu menyewa premis kedai?
138) KECICIRAN PELAJAR MISKIN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah golongan pelajar miskin yang tidak mampu meneruskan persekolahan ke peringkat Sekolah Menengah khususnya dalam kawasan Telok Gong, Pelabuhan Klang?
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan nasib atau masa depan golongan pelajar miskin ini tidak gelap?
138) BANCIAN PENDAPATAN ISI RUMAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerajaan akan menjalankan bancian kawasan-kawasan yang diketahui ramai penduduk miskin bagi mengenal pasti pendapatan isi rumah dan keperluan isi rumah tersebut?
-
Apakah dasar kerajaan negeri dalam menangani masalah kemiskinan yang juga menjadi punca masalah lain seperti sosial, jenayah dan lainlain?
138) LESEN SEMENTARA PERTANIAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi kebenaran khas atau lesen sementara kepada mereka yang mengusahakan tanah Kerajaan Negeri untuk aktiviti pertanian?
138) ISU INFRA LALUAN KELUAR MASUK TAMAN PERUMAHAN DAN SIMPANG JALAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Laluan keluar masuk taman perumahan membahayakan pengguna jalan raya. Pokok besar dan bahan iklan yang merata tempat membahayakan pengguna jalan raya.
-
Apakah tindakan oleh kerajaan untuk membantu menyelesaikan memenuhi keperluan piawaian infra agar keselamatan pengguna jalan raya terjamin?
138) KEBAJIKAN DAN HAK GOLONGAN WANITA DI DUN TERATAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan wanita, terutamanya ibu tunggal dalam DUN teratai dalam tahun 2013?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk memberi kebajikan kepada golongan wanita di DUN Teratai dalam tahun 2013?
-
Apakah rancangan pelaksanaan 5 tahun Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan dan hak golongan wanita di DUN Teratai?
138) PEMBINAAN HOSPITAL GIGI DI SUNGAI TERAP, DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah pembinaan projek hospital gigi di Sungai Terap, Daerah Kuala Selangor akan diteruskan?
-
Jika ya, berapakah jumlah kos projek tersebut dan bilakah ia dijangka dapat disiapkan sepenuhnya?
138) BAIK PULIH PANGSAPURI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Selain menunggu aduan, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengenalpasti pangsapuri bermasalah dan uzur di Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah bumbung rosak di Pangsapuri Seri Sementa?
138) PENGUSAHA PEMBINAAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha dilakukan bagi membantu pengusaha pembinaan yang terkesan dengan kenaikan kos bahan pembinaan dan sistem cut off ?