138) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DAN TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang dilakukan untuk menyekat pencerobohan ke atas tanah kerajaan dan tanah persendirian?
-
Adakah perlu untuk menggubal enakmen baru bagi mendenda dan memenjarakan penceroboh tanah kerajaan dan tanah persendirian?
138) KESELAMATAN JALAN RAYA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi proses membaikpulih dan pemasangan baru bagi lampu jalan di DUN Semenyih?
-
Apa usaha-usaha terkini bagi menaiktaraf sistem ïtraffic lightÍ di kawasan DUN Semenyih terutamanya di kawasan Tesco Rinching kerap kali berlaku kerosakan dan mengakibatkan kemalangan maut?
138) PENSTRUKTURAN KORPORAT KDEB
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status pinjaman dan bayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan penstrukturan korporat dan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) yang berjumlah RM 413 juta ?
-
Apakah usaha penstrukturan korporat tersebut mencapai objektif ?
138) PERUNTUKAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Di samping hasil kutipan cukai pintu dan bayaran perkhidmatan yang lain, Pihak Berkuasa Tempatan juga memperoleh peruntukan yang disalurkan daripada Kerajaan Negeri dan Pusat bagi membolehkan ia berfungsi dengan berkesan. Apakah jenis serta jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini?
-
Bagaimana peruntukan tersebut dibelanjakan?
138) ANGGARAN HASIL DAN PERMIT 2010
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi kutipan hasil tersebut?
-
Jika kutipan tidak menepati anggaran disemak, berapa banyak dan berapa peratusan kekurangan tersebut?
-
Apakah jumlah kutipan dari pecahan-pecahan bagi hasil-hasil tersebut?
138) BANJIR KILAT DUN BALAKONG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Banjir Kilat sering berlaku di kawasan DUN Balakong disebabkan sistem perparitan yang lama atau kurang berfungsi. Untuk membaiki sistem perparitan akan melibatkan kos yang tinggi dan tidak dapat bergantung kepada bajet PBT. Apakah usaha Kerajaan Selangor demi mengatasi masalah ini?
138) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan lebih banyak projek perumahan mampu milik dibina di kawasan bandar dan luar bandar bagi memenuhi keperluan rakyat?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan kualiti projek perumahan mampu milik pada masa yang akan datang tidak terkesan oleh kos pembinaan yang makin meningkat?
138) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Antara insentif skim merakyatkan ekonomi manifesto Pakatan 2013 ialah pemberian RM500 untuk pasangan kahwin kali pertama. Apakah status pelaksanaan insentif ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk melaksanakan insentif ini?
-
Nyatakan proses dan cara permohonan untuk insentif ini?
138) GOLONGAN MISKIN BANDAR DAN IBU TUNGGAL
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terkini keluarga miskin bandar dan ibu tunggal yang ada di Selangor mengikut daerah.
-
Nyatakan usaha Kerajaan Negeri bagi membantu golongan ini untuk menaiktaraf kehidupan mereka melalui program-program yang telah dirancang.
138) PINJAMAN PERUMAHAN RAKYAT BUKIT BOTAK (PPRBB)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini peminjam bagi PPRBB melalui Maybank Shah Alam yang bermasalah?
-
Adakah Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka?