137) CADANGAN MENAMBAHKAN PROGRAM FOODSTAMP SEBAGAI USAHA MENGURANGKAN TEKANAN HIDUP RAKYAT MISKIN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membuat penambahan bilangan penerima Program Foodstamp yang didapati 100 keluarga penerima bagi satu DUN adalah sangat kecil berbanding golongan miskin atau golongan terdesak jauh lebih besar?
-
Jika tidak, nyatakan rancangan alternatif Kerajaan.
137) PEMULIHAN CERUN RUNTUH DALAM KAWASAN RUMAH SENDIRI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah asas pemilik rumah taman perumahan perlu menjalankan soil test sebelum membaiki cerun dalam kawasannya runtuh?
-
Bukankah pemaju telah membuat soil test ketika membangunkan kawasan tersebut?
-
Apakah kerajaan bertanggungjawab kerana meluluskan pembinaan rumah di cerun bukit?
137) KADAR BAYARAN AIR UNTUK KONDOMIUM DAN HARTA TANAH BERTINGKAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan Kondominium dalam Negeri yang telah ditukar dari 'bulk' meter kepada meter individu oleh pihak Syabas
-
Sila nyatakan isu-isu guaman yang melibatkan migrasi meter air
-
Sila nyatakan jika terdapat jangka masa yang ditetapkan untuk migarasi meter air
137) PARKIR MEDAN SELERA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan
menyediakan lot parkir di kawasan
medan selera yang telah dikenal pasti
untuk dinaiktaraf dan dilengkapi
dengan kemudahan semasa,
khususnya di medan selera AU2C dan Bandar Taman Melawati?
137) AIRBNB
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah sampingan (kacau ganggu, trafik dll) yang berpunca daripada bisnes AirBnB?
137) KEBUDAYAAN, PELANCONGAN DAN WARISAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri sate Kajang sebagai hub pelancongan utama di negeri Selangor
-
Apakah ada usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf Kajang sebagai Bandar Warisan Selangor kerana bandar Kajang sudah berusia lebih seratus tahun
-
Minta Kerajaan Negeri mengemukakan inisiatif untuk memelihara warisan kebudayaan di negeri Selangor
137) PENGUPAYAAN KAFAI AL ISLAH, JALAN PJS 3/44, PETALING JAYA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
KAFAI Al Islah adalah sebuah sekolah yang menyewa unit kedai di tingkat 1 dan 2. Adakah ini dibenarkan memandangkan sekolah ini hanya ada satu pintu masuk?
-
Mengapa tiada rizab sekolah disediakan untuk KAFAI mendirikan bangunan kekal?
137) KELULUSAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (LMS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak permohonan Lesen Menduduki Sementara yang telah diterima oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak bulan Oktober 2011 sehingga sekarang?
-
Berapa banyak permohonan LMS yang telah diluluskan oleh MTES selepas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 32/2011 bertarikh 5 Oktober 2011?
137) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini DEIG?
-
Nyatakan semua nama, alamat dan pengarah urusan anak syarikat di bawah DEIG.
-
Nyatakan prestasi kewangan semua syarikat di bawah DEIG
137) SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Permohonan sekolah agama baru khusus di kawasan sekitar Pangsapuri Julia dan Kampung Bendahara