136) SEKOLAH TAHFIZ

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu sekolah-sekolah tahfiz yang terjejas akibat wabak penyakit Pandemik COVID-19 baik dari segi kewangan atau infrastruktur?

    Klik jawapan »

136) PEMBERSIHAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nama, alamat, nombor telefon serta kawasan yang dijaga oleh kontraktor-kontraktor pembersihan di dalam DUN Lembah Jaya

    Klik jawapan »

136) PEMBANGUNAN BUKIT CERAKAH

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tiada insiden tanah runtuh di Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah yang gondol akibat aktiviti pembersihan sehingga bakal menjejaskan lebih 5,000 penduduk di lapan kawasan perumahan di sekitarnya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nisbah terkini, secara perbandingan, bagi pemilikan tanah oleh syarikat swasta berbanding GLC daripada keseluruhan 406.22 hektar yang dinyahwartakan di Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah?

    Klik jawapan »

136) PENDAFTARAN DALAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peserta telah mendaftar dalam TAWAS setiap tahun dari 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peserta anak-anak TAWAS mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peserta anak-anak TAWAS yang telah mendaftar di bawah DUN Kota Anggerik dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

136) REFORMASI PENGURUSAN TANAH SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah reformasi pengurusan tanah yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan dan pengurusan tanah lebih efisien dan berdaya saing

  2. Apakah masalah utama yang dikenal pasti dalam pengurusan dan pembangunan tanah di negeri Selangor?

136) KHAIRAT KEMATIAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji balik cara pengendalian program SMUE yang telah menimbulkan masalah logistik dan memberi ketidakpuasan kepada masyarakat Selangor?

    Klik jawapan »

137) EKSPEDISI DAN ROMBONGAN PELABURAN KERAJAAN SELANGOR DAN INVESTSELANGOR DI LUAR SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Memohon kerajaan menyenaraikan semua perbelanjaan, kos serta pegawai-pegawai kerajaan yang turut bersama dalam semua ekspedisi dan rombongan pelaburan kerajaan Selangor dan InvestSelangor yang diadakan di luar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari tahun 2004 hingga 2014

    Klik jawapan »

137) BINAAN HARAM DI ATAS TANAH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan berapakah jumlah struktur binaan haram seperti pondok, kandang, reban, rumah dan sebagainya di atas tanah-tanah milik kerajaan di seluruh Selangor setakat ini mengikut Kawasan Pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan individu, organisasi atau syarikat yang telah dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan menceroboh dan membina struktur haram di atas tanah-tanah milik Kerajaan Negeri di kawasan PBT berkenaan?

    Klik jawapan »

137) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar di Selangor mengikut daerah. Sila nyatakan bilangan kanak-kanak dan yuran yang dikenakan.

  2. Berapakah peratus bangunan Kerajaan Negeri yang sudah disediakan dengan kemudahan nurseri? Sila beri senarai dengan butiran bilangan kanak-kanak dan yuran.

137) PERKHIDMATAN BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR OLEH SYABA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Sepanjang pentadbiran kerajaan baru di negeri Selangor berlaku 2 kali gangguan putus bekalan air di kawasan Kuala Langat dan yang terlibat di daerahdaerah lain yang amat kritikal dengan tidak memberi notis yang cukup oleh pihak bertanggungjawab. Adakah kerajaan sedar perkara ini berlaku 2 kali dalam jangka waktu tidak sampai setahun?

  2. Apakah penambahbaikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air ini supaya tidak kerap berulang?

  3. Mengapa pihak Syabas gagal memberi notis awal contohnya kejadian yang berlaku khasnya di Kuala Langat pada 14 Februari 2009 yang lalu?