136) REFORMASI PENGURUSAN TANAH SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah reformasi pengurusan tanah yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan dan pengurusan tanah lebih efisien dan berdaya saing
-
Apakah masalah utama yang dikenal pasti dalam pengurusan dan pembangunan tanah di negeri Selangor?
136) KHAIRAT KEMATIAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji balik cara pengendalian program SMUE yang telah menimbulkan masalah logistik dan memberi ketidakpuasan kepada masyarakat Selangor?
136) PROJEK SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan peruntukan PSP bagi setiap DUN berdasarkan kepadatan serta bilangan pengundi?
136) SEKOLAH TAHFIZ
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat membantu sekolah-sekolah tahfiz yang terjejas akibat wabak penyakit Pandemik COVID-19 baik dari segi kewangan atau infrastruktur?
136) WIFI PERCUMA SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah sasaran pemasangan 2500 hotspot wifi percuma telah tercapai?
-
Berapakah jumlah kos total yang terlibat?
-
Adakah ada kajian dilakukan terhadap keberkesanan sistem wifi ini dari segi keberkesanan jarak jangkauan, kuota, kelajuan dan sebagainya?
136) INISIATIF KERJAYA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Berapakah peratusan peserta yang mendapat pekerjaan selepas menyertai festival kerjaya yang dianjurkan oleh Kerjaya Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dan bentuk promosi yang digunakan untuk memperluaskan lagi promosi berkaitan Inisiatif Kerjaya Selangor ini?
136) BANTUAN SUBSIDI KEPADA PESAWAH PADI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis-jenis bantuan subsidi kepada pesawah-pesawah padi yang masih dikekalkan kepada penanam padi?
-
Berapakah jumlah bantuan bagi setiap jenis subsidi yang diberikan kepada penanam padi berkenaan?
136) PENYELENGGARAAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur penyelenggaraan PPR di Selangor?
-
Senaraikan penyelenggaraan PPR oleh kerajaan negeri pada tahun 2014?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan penyelenggaraan PPR pada tahun 2014?
136) WIFI PERCUMA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa peratus pelaksanaan wifi percuma untuk 2015 yang telah dicapai?
-
Apa faktor-faktor yang menyebabkan pemberian wifi percuma ini tidak boleh dilaksanakan?
-
Apakah langkah mengatasinya?
136) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD (KSSB)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan nama-nama syarikat yang berniaga dengan KSSB berserta dengan maklumat yang terperinci.
-
Sila senaraikan nama-nama syarikat yang berhutang dengan KSSB dan jumlahnya
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap syarikat-syarikat yang enggan menjelaskan hutangnya?