136) PERUNTUKAN MARRIS SETIAP DUN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan PBT yang belum mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebut harga atau lembaga tender dan tarikh PBT tersebut akan bermesyuarat terhadap peruntukan MARRIS yang berkaitan RM3 juta setiap DUN pada tahun ini
136) KEDUDUKAN TANAH TOL DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Banyak berlaku kekecohan berhubung dengan penggunaan tanah TOL di negeri Selangor. Berapakah jumlah tanah TOL yang diberi kebenaran menggunakannya?
-
Apakah syarat-syarat penggunaan tanah TOL dan adakah boleh ditukar kepada pemilikan kekal?
-
Mengapakah sering berlaku kekecohan berhubung dengan penggunaan tanah TOL?
136) PROGRAM WAKAF TUNAI PERBADANAN WAKAF SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima manfaat dan program daripada dana wakaf tunai Perbadanan Wakaf Selangor dan apakah bentuk manfaat dan program tersebut?
136) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah peruntukkan bagi membuka perpustakaan baru dan menaiktarafkan yang sedia ada? Nyatakan pengagihan tersebut sejak dijenamakan semula?
136) PROJEK-PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan sarang penagih dadah?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan apakah rancangan Kerajaan Negeri yang kini ada untuk membantu pembeli-pembeli dalam projek-projek yang terbengkalai?
-
Sila nyatakan semua projek-projek terbengkalai di DUN Kota Kemuning dan rancangan membantu membangunkan semula projek perumahan terbengkalai tersebut?
136) PELANTIKAN AHLI LEMBAGA GLC SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Senaraikan Ahli Lembaga seluruh GLC milik Kerajaan Negeri Selangor
-
Nyatakan tarikh mereka dilantik dan tamat tempoh perlantikan
-
Senaraikan juga jawatan mereka dalam GLC, gaji, bonus yang diterima, elaunelaun serta lain-lain imbuhan yang pernah diterima
136) Tapak Pembuangan Sampah Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bagaimana isu ini ditangani kerana masih berleluasa dan beroperasi sebagai tapak pembuangan sampah haram?
-
Berapa banyak syarikat atau pemilikan tanah individu yang telah didapati bersalah keatas tapak pembuangan sampah haram terutamanya dikawasan DUN Jeram?
136) RUMAH SELANGORKU (RSKU)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah Rumah Selangorku yang akan dibina sehingga kini mengikut kategori dalam kawasan PBT di Negeri Selangor.
-
Senaraikan jumlah Rumah Selangorku mengikut kategori dalam kawasan PBT di Negeri Selangor yang telah berjaya dijual tetapi projek belum bermula lagi sehingga kini.
136) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membantu pembelipembeli rumah di projek terbengkalai di Negeri Selangor ini.
-
Berapakah jumlah bilangan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor sehingga kini.
136) PUNCA BANJIR DI DUN SUNGAI PANJANG, SUNGAI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan drastik yang diambil untuk menangani masalah banjir yang berlaku dari FR5-Pekan Sungai Besar sehingga Pasir Panjang?
-
Apakah punca sekiranya berlaku banjir kilat di kawasan luar bandar ini?
-
Nyatakan status sistem perparitan di kawasan DUN Sungai Panjang?