136) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah peruntukan Geran Selangorku dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan banyak projek yang diluluskan oleh Geran Selangorku mengalami masalah kelewatan bayaran?
-
Sila nyatakan apakah kriteria yang ditetapkan dalam meluluskan sesuatu permohonan?
136) SELANGOR HOMEMAKER PROGRAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah program tersebut dapat membantu golongan wanita profesional?
-
Nyatakan jumlah peserta yang telah mengikuti program tersebut.
136) GELANGGANG FUTSAL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan negeri terlepas pandang terhadap gelanggang-gelanggang futsal yang telah rosak dan perlu di selenggara?
-
Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi masalah berkenaan?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah bilangan gelanggang futsal?
136) FENOMENA AIR PASANG BESAR PANTAI BARAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi fenomena ini?
-
Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk tujuan berkenaan?
136) PENGAMBILAN BALIK TANAH KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak tanah kerajaan yang digazettekan untuk kemudahan awam seperti untuk hospital, sekolah, balai polis, balai bomba dan sebagainya. Adakah kerajaan negeri akan mengambil balik tanah yang telah digazettekan tersebut sekiranya kerajaan persekutuan tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan tapak tersebut? Adakah sebarang tarikh luput bagi pembangunan di tapak tersebut?
-
Adakah kerajaan akan mengambil balik tanah yang tidak lagi digunakan seperti laluan TNB dan loji-loji pembentungan?
136) REBET CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah memberi rebet cukai taksiran kepada pemilik-pemilik rumah di Bukit Beruntung di mana rumah-rumah mereka tidak dapat didiami dan disewa untuk jangka masa yang lama, adakah kerajaan juga akan melaksanakan dasar ini di PBT-PBT yang lain?
-
Adakah kerajaan juga akan memberi rebet kepada pemilik-pemilik kilang di bawah program pemutihan kerana kebanyakan pemilik menyediakan infrastruktur dengan menggunakan wang mereka sendiri? Jika tidak, apakah sebabnya?
136) PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah keuntungan kepada masyarakat tempatan di Kuala Selangor dengan cadangan menaikkan taraf Kuala Selangor kepada "city" status?
-
Adakah cukai tanah dan cukai pintu akan dinaikkan? Adakah bayaran meletak kereta akan mula dikenakan selaras dengan cadangan di atas?
136) PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemajuan program ini setakat ini?
-
Senaraikan institusi dan badan kebajikan yang menerima peruntukan program ini.
-
Adakah Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) dipertimbangkan untuk diperkasakan melalui program ini?
136) SAMAN LAJU PEMANDU RASMI EXCO
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah saman had laju yang diterima oleh pemandu EXCO sepanjang 2013?
-
Pihak manakah yang membayar saman-saman ini?
-
Berapa kalikah pemandu menjalani kursus pemanduan selamat dan berhemah sepanjang 2013?
136) MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Huraikan kejayaan dan kelemahan MIMBAR.
-
Terdapat rungutan ada antara mereka yang memohon sudah menghadiri kursus tetapi permohonan mereka ditolak. Adakah puncanya?
-
Sila jelaskan berapakah jumlah peserta yang sudah diluluskan permohonan mereka mengikut pecahan Dun dan apakah wujud masalah pembayaran semula?