136) MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan semula Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD)?

136) PEMINDAHAN SETINGGAN KAMPUNG BEREMBANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Semasa pemindahan setinggan ke Pangsapuri Berembang Indah beberapa tahun lalu, sebanyak 60 keluarga yang tidak tersenarai layak membeli unit pangsapuri tersebut. Apakah langkah kerajaan untuk membela mereka?

    Klik jawapan »

136) JUMLAH PERUMAHAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah unit rumah dan kategori yang dibina oleh kerajaan negeri sepanjang tempoh 2008 Ð 2012?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menangani masalah pemilikan rumah oleh rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

136) HAKISAN TEBING SUNGAI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Pemerhatian kasar mendapati hakisan tebing Sungai Langat terutama di jajaran selari dengan projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) bersebelahan kawasan perumahan Seksyen 3, 4 dan 5 Bandar Baru Bangi berlaku dengan ketara pada tahun ini. Runtuhan tebing sungai semakin menghampiri denai yang dibina dan apabila hujan turun lebat ada bahagian denai yang ditenggelami air sungai. Apakah pelan atau tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

136) PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah keuntungan kepada masyarakat tempatan di Kuala Selangor dengan cadangan menaikkan taraf Kuala Selangor kepada "city" status?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cukai tanah dan cukai pintu akan dinaikkan? Adakah bayaran meletak kereta akan mula dikenakan selaras dengan cadangan di atas?

    Klik jawapan »

136) PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kemajuan program ini setakat ini?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan institusi dan badan kebajikan yang menerima peruntukan program ini.

    Klik jawapan »

  3. Adakah Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) dipertimbangkan untuk diperkasakan melalui program ini?

    Klik jawapan »

136) KERJA SELENGGARA SUNGAI AMPANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Sungai Ampang yang melalui Lembah Jaya Utara pernah melimpah menyebabkan banjir teruk pada 2012, 2021. Apakah kaedah yang digunakan JPS bagi mengelak banjir dari berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jadual selenggara pembersihan Sungai Ampang khusus di Kampung Pinggir Tiga dan kampung berdekatan.

    Klik jawapan »

136) ISU KERAPNYA PAIP PECAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani isu kekerapan paip pecah ini khususnya di DUN Taman Templer khususnya di Kg Selayang Baru dan Kg Selayang Pandang dimana paip air sudah terlalu lama.

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Kerajaan Negeri akan meluluskan projek penukaran paip tersebut?

    Klik jawapan »

136) ISU PEMUTIHAN PEMBINAAN HARAM KEDIAMAN DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan jumlah permohonan untuk memutihkan pembinaan tambahan kediaman di setiap PBT pada tahun 2015 dan tahun 2016 oleh pemilik rumah yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan PBT.

    Klik jawapan »

  2. Sila menyatakan jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh setiap PBT pada tahun 2015 dan tahun 2016 mengikut susunan berikut : tindakan mahkamah, tindakan kompaun, tindakan perobohan bangunan tambahan.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah hasil kutipan yang diperolehi melalui tindakan kompaun yang telah diterima oleh setiap PBT pada tahun 2015 dan tahun 2016?

    Klik jawapan »

136) MASALAH HARGA RUMAH YANG MELAMPAU TINGGI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan harga rumah di Negeri Selangor khususnya di Lembah Klang semakin melampau tinggi ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengawal fenomena kenaikan harga rumah yang melampau tinggi dan berleluasa ini ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan melalui PKNS bagi membina rumah mampu milik khusus untuk golongan pertengahan dan bawahan supaya mereka juga mampu memiliki rumah ?

    Klik jawapan »