136) PEMINDAHAN SETINGGAN KAMPUNG BEREMBANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Semasa pemindahan setinggan ke Pangsapuri Berembang Indah beberapa tahun lalu, sebanyak 60 keluarga yang tidak tersenarai layak membeli unit pangsapuri tersebut. Apakah langkah kerajaan untuk membela mereka?
136) ISU PEMUTIHAN PEMBINAAN HARAM KEDIAMAN DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah permohonan untuk memutihkan pembinaan tambahan kediaman di setiap PBT pada tahun 2015 dan tahun 2016 oleh pemilik rumah yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan PBT.
-
Sila menyatakan jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh setiap PBT pada tahun 2015 dan tahun 2016 mengikut susunan berikut : tindakan mahkamah, tindakan kompaun, tindakan perobohan bangunan tambahan.
-
Berapakah jumlah hasil kutipan yang diperolehi melalui tindakan kompaun yang telah diterima oleh setiap PBT pada tahun 2015 dan tahun 2016?
136) MASALAH HARGA RUMAH YANG MELAMPAU TINGGI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan harga rumah di Negeri Selangor khususnya di Lembah Klang semakin melampau tinggi ?
-
Sila nyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengawal fenomena kenaikan harga rumah yang melampau tinggi dan berleluasa ini ?
-
Sila nyatakan apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan melalui PKNS bagi membina rumah mampu milik khusus untuk golongan pertengahan dan bawahan supaya mereka juga mampu memiliki rumah ?
136) MAIS CONSTRUCTION & PROPERTY SDN BHD
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah pembetulan yang telah diambil oleh Mais Construction & Property Sdn Bhd berkaitan prestasi kewangan dan kualiti prngurusan projekprojeknya setelah perkara ini telah diaudit, ditegur dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri Tiga 2013?
136) PEMBINAAN JEJANTAS DI HADAPAN UITM DENGKIL
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan jejantas untuk pejalan kaki di hadapan UiTM Dengkil?
136) KEPERLUAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI/NGO-NGO DALAM MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengiktiraf peranan NGO, berbincang dan merangka tindakan bersama dalam membanteras gejala sosial di Selangor?
-
Pohon statistik tahun 2012-2016 kes-kes gejala sosial mengikut negeri dan kaum?
-
Nyatakan kekangan dalam pembasmian kes gejala sosial di Selangor
136) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah peruntukan Geran Selangorku dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan banyak projek yang diluluskan oleh Geran Selangorku mengalami masalah kelewatan bayaran?
-
Sila nyatakan apakah kriteria yang ditetapkan dalam meluluskan sesuatu permohonan?
136) HAKISAN TEBING SUNGAI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Pemerhatian kasar mendapati hakisan tebing Sungai Langat terutama di jajaran selari dengan projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) bersebelahan kawasan perumahan Seksyen 3, 4 dan 5 Bandar Baru Bangi berlaku dengan ketara pada tahun ini. Runtuhan tebing sungai semakin menghampiri denai yang dibina dan apabila hujan turun lebat ada bahagian denai yang ditenggelami air sungai. Apakah pelan atau tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
136) PERUNTUKAN ADUN PAKATAN HARAPAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan ADUN Pakatan Harapan dari 2015-2017.
-
Nyatakan pecahan perbelanjaan tersebut.
136) PEMBANGUNAN INFRA SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri pembangunan Infra Sukan terutama di DUN Sungai Kandis?
-
Berapakah peruntukan bagi membaiki Infa Sukan seperti taman permainan dan futsal?
-
Berapakah jumlah pembaikan dan pembinaan Infra Sukan oleh PBT pada tahun 2019?