135) BILLBOARD MILIK PBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah PBT memiliki billboard? Jika ada, berapa buah, saiz dan lokasi bagi setiap PBT?
-
Berapakah billboard haram yang mengiklankan bekas Menteri Besar tidak dirobohkan, di mana dan mengapa?
-
Apakah tindakan terhadap PBT yang masih membiarkan billboard tersebut setelah 2 tahun dilantik Menteri Besar yang baru?
135) RANCANGAN PENGURUSAN AIR MUSIM KEMARAU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kolam-kolam lombong yang digunakan sebagai sumber air mentah.
-
Nyatakan kapasiti kolam tersebut
-
Sila membekalkan laporan kualiti air untuk setiap kolam tersebut.
135) PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan pangsapuri kos rendah menghadapi masalah pengurusan di setiap PBT?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menubuhkan sebuah badan/ syarikat untuk mengambil alih pengurusan pangsapuri kos rendah di seluruh Negeri Selangor?
135) MURID ASRAMA YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Yayasan Selangor telah menutup beberapa buah asrama menempatkan anak- anak Selangor luar bandar yang belajar di kawasan bandar. Berapa orangkah anak Selangor yang terbabit kerana penutupan tersebut?
-
Apakah perancangan Yayasan untuk memastikan anak Selangor luar bandar mendapat pendidikan di bandar pada masa hadapan?
135) RUMAH EXCO
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri tidak menggunakan rumah exco di Seksyen 7 sebagai kediaman exco. Apakah aktiviti yang digunakan ke atas rumah tersebut?
-
Berapakah pendapatan yang di perolehi daripada aktiviti tersebut?
-
Berapakah kos untuk menyelenggara bangunan dan kawasan perumahan tersebut?
135) ATLET SELANGOR BERJAYA DI SUKAN SEA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan atlet pemenang pingat Sukan Sea Kuala Lumpur yang telah dikenalpasti bakatnya oleh MSN Selangor dan adakah Kerajaan berhasrat mengembangkan model pembangunan atlet-atlet ini kepada sukan lain?
135) PERBELANJAAN KERAJAAN DALAM UNISEL & KUIS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah perbelanjaan kerajaan Selangor dalam Unisel & Kuis sejak tahun 2002 hingga 2012.
-
Berapakah subsidi untuk setiap pelajar secara purata?
135) KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KDEB
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan prestasi dan jadual kerja-kerja pembersihan oleh KDEB.
-
Sejauh manakah keberkesanan kerja pembersihan KDEB di DUN Kota Kemuning?
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka masa pendek dan panjang KDEB dalam konteks mempertingkatkan mutu perkhidmatan kutipan dan pembersihan sampah?
135) PENINGKATAN HASIL TANAMAN KELAPA DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Hasil Tanaman kelapa di Selangor dilihat semakin berkurangan berbanding permintaan yang meningkat . Apakah perancangan peningkatan hasil tanaman kelapa di negeri Selangor?
-
Nyatakan bentuk bantuan yang telah disalurkan serta jumlah keluasan tanah perusahaan tanaman kelapa mengikut daerah di negeri Selangor?
135) ISU Kerapnya Paip Pecah
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani isu kekerapan paip paip pecah ini khususnya di Dun Taman Templer?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan meluluskan projek membaikpulih paip pecah tersebut?