135) DATARAN BELIA NIAGA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah ada rancangan mewujudkan dataran belia di kawasan DUN Batang Kali?
-
Nyatakan bilangan DUN yang telah mempunyai kelulusan bagi pembangunan Dataran Niaga Belia buat setakat ini.
135) PROJEK AMPANG WATER FRONT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kelulusan tanah yang dibangunkan di ampang iaitu projek Ampang Water Front adalah seluas lebih kurang 16 ekar. Soalannya, berapa luaskan tanah rezab sungai dan rizab jalan yang telah digunakan untuk projek tersebut?
-
Bagaimanakah struktur bangunan kekal boleh didirikan di atas tanah rizab sungai seperti yang terjadi di Ampang Water Front? Siapa yang memberi kelulusan pembinaannya? Kos projek berkenaan ditanggung oleh siapa?
-
Sepanjang pengetahuan saya CF tidak pernah dikeluarkan kerana tapak bangunan tersebut adalah rizab sungai. Jadi bagaimanakah ianya boleh diduduki? Siapakah yang memberi kebenaran mendudukinya? Bagaimana tindakan kerajaan dan apakah dasar kerajaan tentang pembinaan dan pembangunandi tepi sungai atau di cerun bukit?
135) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lima PBT terbaik di Selangor dari 2016-2018.
-
Apakah kriteria pemilihan PBT terbaik ?
135) PENGUATKUASAAN PUSAT JUDI, CYBER CAF DAN RUMAH URUT HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Pesalah kerap kali mengulangi kesalahan. Apakah tindakan penguatkuasaan dan hukuman kurang berkesan dan kekesalan pesalah?
-
Bagaimanakah kerjasama dan peranan Pejabat Tanah, Polis, TNB & Syabas?
-
ÒKerjasama orang awamÓ perlukah diujudkan latihan khas dan unit siasatan kepada penguatkuasa?
135) GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan miskin tegar dan miskin serta peluang yang mereka boleh perolehi untuk mengubah nasib mereka?
135) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk pembangunan Stadium Shah Alam?
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan untuk menyelenggara Stadium Shah Alam sejak tahun 2013 hingga 2022 mengikut tahun?
135) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah keutamaan penggunaan peruntukan MARRIS dan penilaian prestasi di PBT?
-
Adakah terdapat tunggakan peruntukan MARRIS daripada Persekutuan?
-
Adakah terdapat peruntukan MARRIS untuk setiap DUN dan PBT bagi tahun 2016 yang tidak habis digunakan?
135) WARGA EMAS DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program yang wujudkan untuk warga emas di Selangor?
-
Apakah bantuan kebajikan yang ada untuk warga emas yang miskin?
135) PENGURUSAN PASAR MALAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Adakah peraturan menetapkan setiap pasar malam/pagi diselia oleh PBT
-
Senaraikan rekod JKKK dan Persatuan Penduduk yang tidak membayar semula kutipan kepada Majlis Perbandaran Klang sejak 2008 hingga 2013?
-
Apakah tindakan diambil kepada yang berhutang sebelum 2008?
135) PKFZ
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam PKFZ sekiranya projek ini diambil alih oleh kerajaan Selangor?
-
Memandangkan PKFZ terletak dalam negeri Selangor, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelaburan asing atau tempatan di pelabuhan tersebut?
-
Siapakah pegawai yang akan dilantik sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pengarah PKFZ?