135) PARKIR BERBAYAR MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pendapatan dari pelaksanaan parkir berbayar pada 2019.
-
Nyatakan jumlah saman yang dikeluarkan dan berapakah peratusan saman yang dijelaskan oleh pengguna?
135) KELESTARIAN TENAGA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam mempromosikan penggunaan tenaga yang lestari dan mengurangkan jejak karbon?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui?
-
Apakah insentif untuk perusahaan dan individu yang mengamalkan penggunaan tenaga lestari?
135) STATUS PROJEK-PROJEK TEBATAN BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek-projek tebatan banjir di kawasan DUN Kota Kemuning?
-
Apakan status projek Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 7 dan Batu 8 Jalan Bukit Kemuning selepas permohonan peningkatan siling projek kerana kos pengalihan utiliti dan pengambilan balik tanah yang tinggi?
135) KOMPLEKS PKNS BANDAR BARU BANGI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Bandar Baru Bangi telah berkembang pesat dan banyak binaan bangunan baru telah didirikan, manakala bangunan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi dalam keadaan usang, suram, tidak diselenggara dengan baik, dan tidak lagi berdaya saing dengan premis perniagaan di sekitarnya. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membaiki keadaan ini demi menjaga imej PKNS dan membantu para peniaga Bumiputera yang berniaga di situ?
135) KEPADATAN TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kepadatan tanah perkuburan untuk orang Islam dan bukan Islam terutama di DUN Taman Templer khususnya di Bukit Lagong dan Sungai Tua?
135) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah garis pendapatan kemiskinan yang diguna pakai dan berapakah jumlah bilangan keluarga isi rumah miskin yang telah dikenal pasti?
-
Nyatakan secara terperinci pelaksanaan program tersebut.
-
Nyatakan jumlah dan peratus yang telah terkeluar dari kelompok miskin selepas mengikuti program tersebut.
135) JAMBATAN DAN KUARTERS JPS RUNTUH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Pejabat Tanah dan Galian di muka surat 57: Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memperbaiki kelemahan aktiviti pengambilan pasir di Sungai Semenyih?
-
Apakah langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan dan pemantauan agensi-agensi yang terbabit?
-
Apakah jenis-jenis kerosakan akibat daripada hakisan tanah dan berapakah kerugiannya di segi kos?
135) PENGGANTIAN JAMBATAN SUNGAI RAMBAI KECIL, JALAN B5 KELANG BANTING
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penggantian Jambatan Sungai Rambai Kecil, Jalan B5 Kelang Banting yang dijangka siap pada 19 Julai 2020?
135) PROGRAM PEMULIHARAAN SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah kejayaan program pemuliharaan sungai-sungai di Selangor dan apakah masalah-masalah besar yang menghalang kelancaran program itu?
-
Mohon nyatakan lokasi sungai-sungai yang terlibat dalam program pemuliharaan itu dan agensi yang bertanggungjawab.
-
Berapa banyak perbelanjaan yang telah digunakan untuk program tersebut?
135) PROGRAM PEMERKASAAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah jenis program pemeriksaan IKS yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri?
-
Berapa jumlah peserta yang telah menyertai program tersebut dan nyatakan mengikut Daerah?