134) PERLUKAN DEWAN KONVENSYEN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Semasa YAB Menteri Besar Selangor melancarkan `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 Dato` Menteri Besar bersetuju akan perlunya wujud Dewan Konvensyen serba guna di Bandar Baru Bangi. Sejauh manakah Dewan Konvensyen ini diberi perhatian dan diambil tindakan?
-
Setujukah sebuah tapak sesuai di tepi Tasik Cempaka diperuntukkan?
-
Adakah pihak PKNS bersetuju mendirikan Dewan Konvensyen ini?
134) PENGURUSAN SUMBER AIR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memanfaatkan 9,168 JLH air larian permukaan yang belum dimanfaatkan yang mengalir ke laut?
-
Berapakah bilangan sumber tenaga manusia dan kos yang terlibat setiap tahun sejak tahun 2004 bagi memantau aktiviti pencemaran sumber air di seluruh Selangor?
-
Berapakah bilangan sumber tenaga manusia dan kos yang terlibat purata setiap tahun dalam Òpasukan petugas sumber air alternatif bagi bekalan airÓ?
134) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan keseluruhan kawasan pembangunan penempatan di seluruh Selangor?
-
Bagi mengelakkan perancangan pembangunan yang tidak menyeluruh, adakah kerajaan bercadang untuk mengetatkan atau meminumkan jumlah keluasan tanah yang ingin dibangunkan?
-
Berapakah keluasan pembangunan pertanian komersial di Selangor?
134) Penukaran Terma Dan Syarat Untuk Bantuan Kiss Atau Peduli Sihat
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Mengikut piawaian Kerajaan Negeri Selangor bagi definasi pendapat kasar B40 bawah Selangor adalah RM 6,180 dan kebawah. Berdasarkan piawaian ini, adakah Kerajaan Selangor boleh mempertimbangkan penukaran terma dan syarat pendapatan untuk KISS / Peduli Sihat di sesetengah kawasan bandar?
134) APLIKASI MY SELANGKAH
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah premis yang telah menggunakan aplikasi My Selangkah mengikut kawasan PBT di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah pengguna yang telah menggunakan aplikasi ini?
134) STATUS PEMASANGAN SOLAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pemasangan solar atas bumbung di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan?
-
Berapa bangunan Kerajaan Negeri yang masih belum dipasang solar?
134) PERUNTUKAN MARRIS DAN SYARIKAT KONSESI KPS-HCM SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan syarikat konsesi KPS-HCM Sdn Bhd dalam kerja penyelenggaraan jalan di Selangor?
-
Adakah tender terbuka diadakan semasa menganugerahkan kontrak tahunan yang berjumlah RM35 juta ini kepada KPS-HCM?
-
Bagaimanakah pembayaran RM35 juta ini dibuat? Adakah ia berdasarkan prestasi?
134) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan baru berhasrat untuk menyertai SMUE yang diterima pada tahun 2022 dan 2023.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menetapkan syarat baru seperti pengundi di Selangor sebagai syarat kelayakan menyertai SMUE? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
134) PROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX)
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah kos pembelian 2.5juta dos vaksin?
-
Mengikut perjanjian Kerajaan Negeri, apakah jadual penghantaran vaksin oleh pembekal?
-
Apakah jumlah kos-kos lain untuk melaksanakan program SELVAX selain daripada kos pembelian vaksin?
134) RIZAB HUTAN SIMPAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan keseluruhan hutan simpan di Negeri Selangor mengikut daerah dan DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan mana-mana kawasan hutan simpan? jika ada, nyatakan di mana?
-
Apakah proses dan prosedur jika sesebuah kawasan hutan simpan itu ingin dibangunkan?