134) MASALAH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Sejak kebelakangan ini banyak aduan penduduk yang melibatkan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan lewat diambil tindakan atau walaupun ada lawatan atau siasatan yang dilakukan namun tiada sebarang tindakan susulan diambil. Adakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Pihak BerkuasaTempatan terlibat menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang diharapkan oleh pembayar cukai?
134) MEMPROMOSI KAWASAN PELANCONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menaikkan imej dan mempromosi kawasan-kawasan pelancongan yang terdapat di dalam Negeri Selangor?
-
Adakah apa-apa produk atau kawasan terbaru yang berpotensi untuk diketengahkan?
-
Apakah Kerajaan berhasrat untuk membina muzium bagi setiap daerah di Selangor untuk menyimpan segala khazanah yang terdapat di daerah tersebut?
134) GAJI MINIMUM DAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah dasar gaji minimum telah dilaksanakan di Selangor?
-
Berapakah penjawat awam serta warga kerja GLC Selangor yang terlibat?
-
Bagaimanakah objektif pembasmian kemiskinan dapat diintegrasikan dalam pelaksanaan dasar gaji minimum?
134) PROGRAM SELVAX
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan baki vaksin Sinovac bawah Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk tambah vaksin jika ia perlu pengambilan dos tambahan?
134) PENGURUSAN SAMPAH DI SEPANJANG JALAN HULU LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah lambakan sampah (tempat pembuangan sampah) sepanjang jalan Hulu Langat?
-
Apakah kerajaan berpuas hati dengan alasan KDEB Waste Management bahawa mereka kekurangan lori dan kemampuan untuk mengutip sampah yang banyak?
134) KEMPEN BEBAS STRAW PLASTIK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme penilaian keberkesanan Kempen Bebas Straw Plastik setakat bulan Oktober 2019?
134) PEMBINAAN TANDAS BARU DI JALAN BESAR PANDAMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Majlis Perbandaran Klang telah bersetuju untuk membina satu tandas baru di Jalan Besar Pandamaran pada tahun 2013 tetapi pembinaan tidak dilakukan sehingga kini disebabkan kekurangan dana. Bolehkah Kerajaan Negeri membantu dari segi kewangan?
134) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini projek dan unit rumah terbengkalai sehingga kini?
-
Nyatakan jumlah projek dan unit rumah terbengkalai yang telah dibaik pulih sehingga kini.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk perkara tersebut
134) JABATAN PERPARITAN DAN SALIRAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Banjir kilat kadangkala berpunca dari penyelenggaraan sungai tidak dijalankan dengan sempurna?
-
Huraikan secara terperinci bagaimana pembersihan sungai dijalankan?
-
Senaraikan nama-nama kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja tersebut khususnya di Ampang?
134) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar mengikut agama.
-
Nyatakan jumlah permohonan rumah ibadat bukan Islam pada 2017 dan jumlah diluluskan.