134) URUSETIA PENERANGAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan satu Urusetia Penerangan bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berkaitan tentang program-program dan insentif yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri?
134) PELAN KONTIGENSI PUSAT ‘SPARE PART’ LIF LAMA DI PANGSAPURI KOS RENDAH BAGI MENJAGA KEBAJIKAN GOLONGAN MARHAEN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Memandang isu lif rosak di pangsapuri kos rendah adalah isu lama yang kronik, adakah kerajaan berhasrat menyediakan pusat pengumpulan bahan ganti lif yang sudah dipupuskan untuk diguna pakai oleh JMB yang memerlukan
134) PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara terperinci pelan kesiapsagaan banjir bagi Negeri Selangor.
134) PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan perbandingan berdasarkan aspek berikut yang merangkumi penyata kewangan, lembaran imbangan, penyata pendapatan, penyata aliran tunai, penyata ekuiti pemilik dan sebagainya bermula tahun 2008 hingga 2013 di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
134) SEMAKAN SEMULA NILAI PEMBERIAN DI BAWAH SKIM MESRA USIA EMAS/OKU (SMUE)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Mengambil kira keadaan kenaikan harga barang semasa dan kadar penggunaan kupon yang rendah daripada kalangan penerima SMUE maka bolehlah disimpulkan bahawa pemberian kupon bernilai RM100 kurang mendapat sambutan dan bernilai kecil dalam keadaan sekarang. Tidakkah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyemak semula dan menambah nilai pemberian kupon ini agar lebih memberi manfaat dan menzahirkan keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyat?
134) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil kepada pemilik Rumah Selangorku yang menyewa unit mereka kepada orang lain untuk memastikan syarat Rumah Selangorku adalah didiami oleh pemilik dipatuhi?
134) PELABURAN DAN PELUANG PEKERJAAN 2017
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah baharu pelaburan asing dan domestik mengikut daerah setakat ini
-
Senaraikan jumlah peluang pekerjaan baharu mengikut daerah daripada pelaburan ini
-
Berapa peratus kadar pengangguran dapat diturunkan melalui peluang pekerjaan ini?
134) PELANCONGAN PASCA COVID19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan dalam menangani fasa pemulihan sektor Pelancongan di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah kerugian sektor Pelancongan di Negeri Selangor akibat covid19?
-
Berapakah jumlah hotel, pusat peranginan atau Pelancongan yang terjejas dan terpaksa ditutup akibat daripada pandemik covid19?
134) PADANG CERGAS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif yang dicapai dengan membina padang cergas di taman-taman permainan kanak-kanak?
-
Senaraikan bilangan padang cergas sehingga kini menurut PBT
-
Senaraikan peruntukan yang telah dibelanjakan di setiap PBT sehingga kini.
134) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan nama syarikat yang terlibat dalam Projek Pembersihan Sungai Klang dan berapa peratusan kerja telah disiapkan serta dijalankan di tapak tersebut?
-
Apakah jadual kerja Projek Pembersihan Sungai Klang dan bilakah projek ini dijangkakan akan disiapkan?
-
Apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memastikan Projek Pembersihan Sungai Klang dapat dilaksanakan secara telus serta bertanggungjawab kepada rakyat?