134) LEBUHRAYA BERTINGKAT SUNGAI BESI ULU KELANG (SUKE) DAN LEBUHRAYA BERTINGKAT DAMANSARA SHAH ALAM (DASH)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah pemaju lebuhraya ini telah mengemukakan permohonan rasmi kepada MTES?
-
Senaraikan semua syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju sebelum projek ini mendapat kelulusan daripada Kerajaan Selangor?
-
Senaraikan semua dokumen yang telah diserahkan oleh pemaju kepada Kerajaan Selangor sehingga sekarang?
134) PEMBANGUNAN HULU SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri bercadang untuk memajukan daerah Hulu Selangor termasuk mensasarkan Bernam Jaya sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa. Apakah perkembangan semasa pembangunan di Hulu Selangor?
-
Berapakah pelaburan yang telah diperolehi?
-
Apakah projek pembangunan baru yang boleh dilaksanakan buat masa kini?
134) PENCAPAIAN SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2017
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian Selangor International Expo 2017 dari jumlah pengunjung dan transaksi jualan dan apakah pecahan mengikut sektor perniagaan?
134) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapakah banyak hutang Kerajaan Selangor terhadap Persekutuan sekarang?
-
Berapakah kadar faedah yang perlu dibayar oleh Kerajaan terhadap hutang-hutang ini?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk melangsaikan hutang ini dalam masa terdekat?
134) PERLUKAN DEWAN KONVENSYEN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Semasa YAB Menteri Besar Selangor melancarkan `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 Dato` Menteri Besar bersetuju akan perlunya wujud Dewan Konvensyen serba guna di Bandar Baru Bangi. Sejauh manakah Dewan Konvensyen ini diberi perhatian dan diambil tindakan?
-
Setujukah sebuah tapak sesuai di tepi Tasik Cempaka diperuntukkan?
-
Adakah pihak PKNS bersetuju mendirikan Dewan Konvensyen ini?
134) PENGURUSAN SUMBER AIR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memanfaatkan 9,168 JLH air larian permukaan yang belum dimanfaatkan yang mengalir ke laut?
-
Berapakah bilangan sumber tenaga manusia dan kos yang terlibat setiap tahun sejak tahun 2004 bagi memantau aktiviti pencemaran sumber air di seluruh Selangor?
-
Berapakah bilangan sumber tenaga manusia dan kos yang terlibat purata setiap tahun dalam Òpasukan petugas sumber air alternatif bagi bekalan airÓ?
134) ISU WARGA ASING
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal selia dan memastikan isu warga asing yang menjalankan perniagaan di atas nama individu tempatan?
134) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan keseluruhan kawasan pembangunan penempatan di seluruh Selangor?
-
Bagi mengelakkan perancangan pembangunan yang tidak menyeluruh, adakah kerajaan bercadang untuk mengetatkan atau meminumkan jumlah keluasan tanah yang ingin dibangunkan?
-
Berapakah keluasan pembangunan pertanian komersial di Selangor?
134) USAHA MEMBAIK PULIH LIF FLAT DAN PANGSAPURI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan kerajaan Negeri bagi membantu membaik-pulih lif-lif di kawasan flat dan pangsapuri di Selangor?
-
Nyatakan sasaran untuk dicapai menerusi program ÒSelangor Smart LifeÓ untuk membantu kemudahan penduduk.
-
Berapakah unit lif yang telah berjaya dibaiki dan nyatakan kawasan yang terbabit?
134) PERUNTUKAN MARRIS DAN SYARIKAT KONSESI KPS-HCM SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan syarikat konsesi KPS-HCM Sdn Bhd dalam kerja penyelenggaraan jalan di Selangor?
-
Adakah tender terbuka diadakan semasa menganugerahkan kontrak tahunan yang berjumlah RM35 juta ini kepada KPS-HCM?
-
Bagaimanakah pembayaran RM35 juta ini dibuat? Adakah ia berdasarkan prestasi?