133) PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha atau langkah-langkah daripada Kerajaan Negeri bagi mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan yang banyak terdapat di DUN Taman Templer?
133) PAKEJ RANGSANGAN SELANGOR PRIHATIN 2
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah asas unjuran RM100.7 juta dalam Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2 untuk menerapkan digitalisasi melalui E-Learning, Selangor Advance dan Inisiatif Digital Selangor Grab ?
133) ISU BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Sekiranya PRU berlaku pada musim banjir, apakah persediaan kerajaan untuk menghadapinya?
-
Sejauh mana persediaan Kerajaan Negeri untuk bantuan bencana banjir pada musim hujan?
-
Adakah Dewan Negeri akan bubar kalau Parlimen bubar pada musim banjir?
133) ANAK MUDA DAN SUKAN LASAK
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap sukan lasak khususnya skateboarding, rock climbing dan hang gliding?
-
Adakah Selangor merancang mendahului negeri-negeri lain dengan membangunkan kemudahan dalam tiga sukan lasak ini?
-
Senaraikan kemudahan tiga sukan lasak ini menurut PBT
133) TABUNG CEGAH JENAYAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang menubuhkan Tabung Cegah Jenayah dengan meminta sumbangan pihak pemaju swasta sebagai melaksana tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bagaimanakah status tabung tersebut?
-
Siapakah pemaju yang telah menyumbang dan berapakah nilai sumbangan mereka?
-
Apakah bentuk-bentuk program yang akan dibiayai oleh tabung ini?
133) SKIM AIR SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana mekanisma Skim Air Selangor untuk ibubapa yang tinggal sekali dengan anak yang bergolongan B40?
133) PENGGUNAAN APPLIKASI MOBIL UNTUK ADUAN DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis aplikasi mobil yang diwujudkan untuk menerima aduan mengikut PBT sejajar dengan misi SMARTSELANGOR.
-
Senaraikan jenis aduan yang diterima melalui aplikasi mobil bagi Jan-Jun 2016 mengikut pecahan PBT.
-
Sejauh manakah penggunaan aplikasi ini membantu menyelesaikan aduan rakyat dengan cepat?
133) SELANGOR MELAHIRKAN ATLET BERTARAF DUNIA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai
perancangan pembangunan atlet
bertaraf dunia dengan mensasarkan
pingat emas Olimpik atau Piala
Dunia?
133) TANAH TERBIAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan tanah-tanah terbiar untuk menjana industri agro?
-
Sila jelaskan status tindakan yang telah diambil pada tahun 2019.
133) PENGSWASTAAN PARKIR BERBAYAR MBSA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah hasil kutipan yang diperolehi oleh pihak yang mengendalikan parkir ?
-
Berapakah hasil kutipan yang diperolehi oleh MBSA ?
-
Senaraikan lembaga pengarah syarikat yang memperolehi konsesi penswastaan parkir tersebut ?