14) PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
YAB Menteri Besar mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan bayaran RM 1. Apakah Datuk Seri Anwar menerima imbuhan lain seperti perbelanjaan ke luar negara dan sebarang elaun?
-
Jika ada, apakah perincian aktiviti dan jumlah pembiayaan yang telah dibuat oleh beliau dan kakitangannya sejak pelantikan beliau sehingga 30 September 2010?
-
Berapa ramaikah kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan berapakah kos gaji dan pengurusan pejabat tersebut setiap bulan?
14) PREMIUM TANAH RM1,000.00
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan mengamalkan konsep ini ke atas semua jenis kegunaan tanah?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang menjalankan program pemutihan ke atas tanahtanah simpanan kerajaan yang diterokai?
14) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berikan penjelasan berhubung perancangan Kerajaan Negeri mengambil alih semula pengurusan sampah / pembersihan sisa pepejal dan bilakah tarikhnya
14) PENGGUNAAN GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi perbelanjaan geran RM300 juta ini mengikut kawasan DUN dan daerah?
-
Apakah impak positif dari segi ekonomi dan sosial hasil perbelanjaan geran ini?
-
Apakah mekanisme bagi memastikan perbelanjaan geran mengikut tatacara kewangan yang betul dan sampai kepada kelompok sasaran tanpa mengira fahaman politik?
14) KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lawatan Kerajaan Negeri berkaitan kaedah pelupusan sampah di negara lain sejak 2008
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan kaedah pelupusan sampah yang tidak memberi impak negatif terhadap alam sekitar selain daripada tapak pelupusan sanitari? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
14) Tasik Putrajaya Sebagai Sumber Air Kecemasan
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara terperinci jadual untuk menghubungkan Tasik Putrajaya sebagai sumber air kecemasan apabila intake dari Sungai Semenyih perlu ditutup apabila berlakunya pencemaran?
14) TINDAKAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP INVIDIDU ATAU ORGANISASI AKIBAT PENCEMARAN SUMBER AIR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan senaraikan syarikat-syarikat yang telah mencemarkan sumber air di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat-syarikat tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memindahkan semua kilang-kilang atau syarikat-syarikat yang berdekatan dengan sungai bagi mengatasi masalah pencemaran sumber air berulang?
14) KELULUSAN PINDAH MILIK HARTA ORANG MELAYU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak yang telah diluluskan pindah milik harta orang Melayu kepada bukan Melayu di DUN Dengkil sepanjang 2 tahun terakhir?
14) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KITAR SEMULA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan di Selangor?
-
Adakah teknologi baharu akan digunakan untuk memproses sisa pepejal?
-
Bagaimana dengan sokongan kepada syarikat yang mengamalkan ekonomi kitaran (use, return, and re-create)?
14) BANGUNAN WARISAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bangunan-bangunan yang telah digazetkan sebagai bangunan warisan di Selangor mengikut PBT daripada tahun 2008-2010
-
Apakah badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan permohonan penggazetan bangunan warisan dan syarat-syarat permohonan untuk sesebuah bangunan dikategorikan sebagai bangunan warisan?
-
Apakah insentif yang ditawarkan kepada pemilik bangunan warisan dan langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bangunan warisan sentiasa dipelihara?