133) PENJUALAN ASET MILIK KERAJAAN NEGERI DAN ANAK SYARIKAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan aset milik Kerajaan Negeri dan anak syarikat yang telah dijual pada tahun2015?
-
Berapakah nilai yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri hasil dari penjualan tersebut?
133) DISKAUN BUMIPUTERA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Seorang Ahli Parlimen Selangor mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan diskaun bumiputera dalam pemilikan premis komersial dan kediaman mewah. Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan tersebut?
-
Bagaimanakah prestasi pemilikan hartanah Bumiputera di Selangor ketika ini?
-
Bagaimanakah prestasi jualan rumah anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk kuota Bumiputera?
133) GOLONGAN B40
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri ada membuat penelitian semula kaedah atau syarat penerima bantuan yang hanya fokus kepada e-Kasih sahaja?
133) PEMERKASAAN SRA DAN KAFA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan isu status tanah yang dihadapi oleh Sekolah KAFA di seluruh Selangor khususnya Batang Kali?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaik taraf kemudahan fasiliti dan insfrastruktur SRA dan KAFA di seluruh Selangor?
133) BANTUAN KEWANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan masjid dan surau yang menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan untuk tujuan menaiktaraf/pembaikan mengikut DUN masing-masing.
-
Nyatakan status permohonan dana untuk pembinaan Masjid di Taman Sutera, Kajang
-
Nyatakan status projek menaiktaraf surau Taman Bukit Belimbing ke masjid
133) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak program merakyatkan ekonomi Selangor (MES) yang telah dijalankan oleh pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tempoh 2 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat?
-
Berapa banyak dana yang telah digunakan untuk menjayakan program-program merakyatkan ekonomi?
-
Apakah statistik terkini jumlah rakyat yang menerima faedah dari program MES berdasarkan program dan daerah?
133) MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan bantahan dan aduan daripada pihak sekolah dan PIBG Maahad Hamidiah Kajang terhadap projek pembinaan bangunan The Louvre di hadapan sekolah tersebut yang didakwa mengancam keselamatan dan mengganggu pembelajaran para pelajar sekolah tersebut?
133) BANTUAN KEPADA PEKEBUN-PEKEBUN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pekebun-pekebun sayur membaharui permit penggunaan tanaman di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sebahagian kawasan Kampong Sungai Kelambu? i) Sila menyatakan tapak tanah Kerajaan yang di buka untuk tujuan tanaman sayur-sayuran di Daerah Kuala Langat dan Sepang? ii) Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para pekebun yang memainkan peranan sebagai perangsang ekonomi Negeri?
133) PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha atau langkah-langkah daripada Kerajaan Negeri bagi mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan yang banyak terdapat di DUN Taman Templer?
133) SKIM PEDULI SIHAT (SPS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap SPS?
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah pendaftaran SPS mengikut pecahan kaum?
-
Sila nyatakan jumlah klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel SPS mengikut pecahan setiap Dun?