133) SELANGORKINI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak pengeluaran akhbar Selangorkini setiap bulan ?
-
Berapa kos digunakan setahun bagi pentadbiran, percetakan, dan pengeluaran Selangorkini?
133) ISU PEMINDAHAN HAK MILIK RUMAH DI LESTARI PUTRA DAN SAUJANA PUCHONG TIDAK SELESAI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang isu ini dan apa tindakan kerajaan bagi penyelesaian?
133) ISU AIR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini isu pengambilan syarikat air oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah halangan yang perlu dilalui oleh Kerajaan Negeri dalam perlaksanaan (a) di atas?
-
Nyatakan langkah yang akan diambil untuk mengatasi (b) di atas
133) BANCIAN ATAU AUDIT SEMULA TERHADAP PENGHUNI-PENGHUNI RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menjalankan bancian atau audit semula terhadap penghuni-penghuni rumah kos rendah untuk memastikan rumah-rumah ini didiami mereka yang berkelayakan?
-
Adakah kerajaan bercadang membina lebih banyak lagi rumah kos rendah dan rumah mampu milik di Petaling Jaya?
133) PENYERAHAN KAWASAN KEPADA PBT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Kenapakah masih terdapat projek pembinaan rumah atau bangunan komersial oleh pemaju yang telah lama siap dibina dan diduduki (lebih 10 tahun) tetapi belum diserah milik kawasan tersebut oleh pemaju kepada MPKj untuk diurus selenggara?
133) BANTUAN BARANGAN RUNCIT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah usaha kerajaan membantu keluarga yang hadapi tekanan harga barangan keperluan seperti makanan dan pakaian?
-
Apakah pendirian kerajaan terhadap sistem kupon barangan keperluan bagi peringankan bebanan rakyat?
133) STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi membasmi kemiskinan rakyat kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh ADN?
-
Apakah tindakan khusus kerajaan negeri untuk mengatasi masalah hidup rakyat miskin yang sekarang terkesan dengan cukai GST?
-
Sila bekalkan kajian terkini trend kemiskinan dan faktor penyebab
133) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh pemaju bagi Projek Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu sehingga pembeli merana menunggu sekian lama?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini dan bilakah dijangka perumahan ini dapat disiapkan?
-
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan dana untuk membantu pembeli-pembeli membayar sewa rumah disebabkan projek perumahan yang mereka beli terbengkalai dan pada waktu yang sama pembeli-pembeli sudah mula membuat pembayaran di bank-bank?
133) STATISTIK ADUAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan statistik aduan yang diterima oleh MBSA dan MBSJ mengikut kategori dan jenis aduan daripada tahun 2018 sehingga kini dari DUN Kota Kemuning
-
Sila nyatakan berapakah jumlah aduan yang dapat diselesaikan oleh pihak MBSA dan MBSJ?
-
Apakah pantauan dilakukan terhadap isu aduan yang tidak jawab atau tidak maklumbalas?
133) PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM HULU LANGAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pejabat Pentadbiran Islam Daerah Hulu Langat dijangka akan dipindahkan dari tempat sekarang. Di manakah lokasi baru pejabat ini?
-
Berapakah peruntukan yang akan dikeluarkan untuk pemindahan ini?
-
Untuk apa tapak lama akan digunakan?